awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

5 fakta ringkas sambutan Hari Kesyukuran

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
26/11/2015
07:15 MYT
5 fakta ringkas sambutan Hari Kesyukuran
91 peratus rakyat Amerika Syarikat menghidangkan ayam belanda dan kranberi pada sambutan Thanksgiving. - Foto Flickr
SAMBUTAN hari Kesyukuran atau 'Thanksgiving' merupakan hari cuti kebangsaan bagi Amerika Syarikat dan Kanada.
Tahun ini sambutan itu akan diadakan pada 26 November.
Namun, tidak ramai tahu bahawa perayaan ini bukanlah merupakan satu upacara keagamaan tetapi lebih kepada satu sambutan kebudayaan bagi masyarakat di sana dalam mengucapkan kesyukuran kepada Tuhan.
Sejarah sambutan Hari Kesyukuran ini berasal dari sambutan tradisi orang Britain di New England yang menyambutnya sebagai tanda syukur berakhirnya musim menuai tanaman.
Kemudian sambutan itu diguna pakai di Amerika Syarikat yang dimulakan dari golongan peribumi di sana dan mula menjadi cuti rasmi Amerika Syarikat sejak tahun 1863.
Ini lima fakta mengenai sambutan hari ‘Thanksgiving’ yang mungkin ramai tidak tahu:
1. Hanya disambut secara rasmi di dua negara iaitu Amerika Syarikat dan Kanada. Amerika akan meraikannya pada Khamis keempat dalam bulan November dan di Kanada pada Isnin kedua dalam bulan Oktober. Negara-negara lain seperti Liberia, Grenada dan Saint Lucia turut dilihat menyambut tradisi yang sama.
2. Merupakan satu tradisi pada hari tersebut untuk berkumpul bersama keluarga dan teman bagi makan bersama dan mengucapkan syukur tentang apa yang telah dikecapi dalam hidup untuk tahun tersebut.
3. Sejumlah 91 peratus rakyat AS akan menghidangkan ayam belanda dan kranberi pada sambutan Thanksgiving. Salah satu resepi popular ayam belanda dipanggil ‘Turducken’, iaitu ayam belanda tanpa tulang disumbat dengan itik dan kemudian disumbat dengan ayam yang juga dibuang tulang. Resepi ini berasal dari Louisiana.
stuffed turkey
stuffed turkey
‘Turducken’, iaitu ayam belanda tanpa tulang disumbat dengan itik dan kemudian disumbat dengan ayam - Foto Flickr
4. Jagung adalah salah satu simbol sinonim ketika sambutan Hari Kesyukuran. Ia dihidangkan dalam pelbagai jenis dan warna seperti merah, putih dan biru.
corn thanksgiving
corn thanksgiving
Jagung yang dihidangkan ketika sambutan Hari Kesyukuran- Foto Flickr
5. Selepas makan, biasa keluarga di AS akan menonton perarakan istimewa Macy di televisyen.
macy's parade
macy's parade
Perarakan Macy sempena sambutan Thanksgiving yang amat terkenal bagi masyarakat yang menetap di bandar New York - Foto Flickr
Topic Berkaitan
#ayam belanda
#Thanksgiving
#tradisi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan