SELEPAS penat bekerja atau melakukan pelbagai tugasan, pastinya anda memerlukan rehat yang secukupnya.

Berehat di dalam bilik tidur yang cantik, selesa serta sejuk mata memandang umpama ‘syurga kecil’ buat diri sendiri.

Oleh itu, bagi yang menginginkan bilik tidur seumpamanya tetapi tidak tahu cara untuk menghias dan melakukannya, jangan risau!

Ini lima idea barangan yang mudah kami sarankan untuk anda dapatkan, sekali gus mengubah biik tidur menjadi lebih estetik.

1. Hiasan dinding

Hiasan dinding - Gambar hiasan

Sekiranya dinding bilik tidur anda masih kosong, lebih cantik diletakkan hiasan dinding. Anda juga boleh membuat rekaan sendiri mengikut kreativiti masing-masing.

Ada pelbagai jenis ukuran termasuk A4, A3, A2 atau mungkin lebih besar lagi serta pelbagai jenis pilihan sama ada berwarna, lukisan, blok, figura, minimalis atau nordic style

2. Raga atau bakul

Raga dan bakul - Gambar hiasan

Bakul atau raga seagrass rattan bukan sahaja boleh digunakan sebagai tempat meletakkan pakaian kotor tetapi juga untuk menyimpan barangan.

Ia juga boleh didapatkan dalam pelbagai jenis warna, saiz dan bentuk dengan harga yang sangat murah dan berbaloi. 

3. Cermin panjang

Cermin panjang - Gambar hiasan

Jika diperhatikan hari ini, cermin panjang merupakan barangan hiasan yang menjadi kegemaran ramai.

Bukan sahaja cantik dan menjadikan bilik kelihatan lebih luas, malah ia juga amat sesuai untuk mereka yang gemar mengambil gambar outfit of the day (OOTD).

4. Laci

Laci - Gambar hiasan

Terdapat pelbagai jenis laci termasuk chest drawer yang boleh anda miliki dengan pilihan warna dan reka bentuk menarik.

Anda juga harus bijak memadankannya dengan tema bilik tidur anda supaya tidak makan ruang atau menjadikan bilik tidur sempit. 

5. Pokok hiasan 

Pokok hiasan - Gambar hiasan

Kini, pelbagai jenis pokok hiasan atau tumbuhan artificial yang boleh anda dapatkan dan sesuaikannya dengan dekorasi bilik tidur.

Selain memberikan ketenangan fikiran, ia turut melancarkan peredaran udara dan mengurangkan kesan panas.

Antara pokok hiasan yang boleh anda letakkan di dalam bilik tidur seperti Lidah Buaya, Janda Bolong, Selada Air dan Peace Lily.

Tunggu apa lagi, ini masanya untuk mendapatkan bilik tidur yang lebih estetik dengan harga berpatutan.



*Artikel ini mengandungi pautan afiliasi. Kami mungkin menerima komisen untuk pembelian produk yang dilakukan melalui pautan ini.