MUSIM hujan mempunyai keistimewaan tersendiri; bunyi titisan hujan, bau tanah yang dibasahi dan suasana pagi yang nyaman.

Namun tidak bermakna kita boleh mengambil ringan. Jika tidak diberi perhatian, musim hujan boleh membawa bencana.

Berikut adalah beberapa peringatan atau tip keselamatan yang boleh diamalkan sepanjang musim tengkujuh.


JANGAN SENTUH WAYAR ATAU TALIAN ELEKTRIK

Walaupun ramai orang tidak menyedarinya, wayar ini kebanyakannya masih hidup dan boleh membawa maut jika disentuh.

Sekiranya anda melihat wayar ini dalam lopak air selepas hujan, jauhi daripadanya sejauh mungkin kerana ia berkemungkinan boleh menyebabkan anda terkena renjatan elektrik.

Elakkan meletak kenderaan anda di bawah talian elektrik atau di sebelah tiang utiliti semasa musim tengkujuh.


ELAKKAN BERJALAN DALAM AIR

Cuba elak melalui lopak air atas jalan. Ia mungkin kelihatan bersih tetapi ia mengandungi pelbagai bakteria, yang boleh membawa penyakit, virus dan jangkitan kulat.

Sekiranya anda tidak mempunyai pilihan lain, pastikan anda sentiasa membasuh kaki anda dengan sabun dan air bersih.

Selain itu, jangan memakai stokin basah atau kasut basah kerana kemungkinan besar ia mengandungi pelbagai jenis kuman.


BERHATI-HATI DENGAN NYAMUK

Nyamuk bertelur dalam lopak air bertakung, sekali gus menjadikan monsun sebagai musim pembiakan untuk serangga ini.

Aliran air akan 'mencipta' kawasan-kawasan baharu yang berlopak tenang dan ini sangat ideal bagi nyamuk bertelur.

Sewaktu tidur, digalakkan memakai baju lengan panjang dan gunakan ubat untuk menghindar kehadiran nyamuk. Sebagai langka tambahan, pasang pelindung nyamuk pada tingkap dan gunakan kelambu.


MEMANDU DENGAN BERHATI-HATI

Elak memandu laju dan mengekori kereta di hadapan anda dengan rapat.

Elakkan membuat sebarang pusingan mengejut juga.

Berhati-hati dengan penunggang motosikal semasa hujan.


CABUT PLAG PERALATAN ELEKTRONIK

Cabut plag peralatan elektronik semasa hujan lebat.

Ini penting terutamanya bagi kawasan yang dinaiki air. Maka, segera matikan dan cabut semua peranti sedemikian sebelum air memasuki rumah anda.


SEDIAKAN PAYUNG DAN BAJU HUJAN

Tabiat ini bukan sahaja menghalang anda daripada jatuh sakit tetapi juga membantu anda melindungi barangan berharga seperti telefon bimbit dan dompet.

Dinasihatkan untuk meletakkan barang-barang anda dalam kantung plastik kecil semasa musim hujan.


SEDIAKAN KIT KECEMASAN

Berikut ialah senarai semak item yang mesti ada dalam kit kecemasan anda:
Mengingati langkah keselamatan asas banyak membantu kita bersedia menghadapi situasi yang tidak diinginkan sepanjang musim hujan ini. Berhati-hatilah semua...