USAHAWAN fesyen dan pemengaruh terkenal Kylie Jenner mencuri perhatian di pertunjukan fesyen couture Schiaparelli di Paris apabila tiba dengan gaun tanpa tali baldu hitam, lengkap dihiasi dengan kepala singa bersaiz sebenar.
Bukan sekadar cubaan menarik perhatian, busana merupakan sebahagian pakaian pra-keluaran daripada koleksi couture Spring-Summer 2023 gedung fesyen terkemuka itu.
Kepala singa palsu hiper-realistik (lengkap dengan surai terawat) itu menutupi hampir keseluruhan tubuh Jenner. Dia melengkapkan gayanya itu dengan sepasang kasut Schiaparelli hitam dengan corak timbul keemasan.
Sejurus selepas mengambil tempat duduknya, 'singa' Jenner muncul pula di landasan bersama beberapa siri kumpulan haiwan yang lain.
Koleksi itu diilhamkan oleh "Inferno" Dante dan metafora keraguan serta kesukaran perjalanan kreatif yang dialami semua artis, tulis pengarah kreatif Daniel Roseberry.
Mengambil inspirasi tiga jenis haiwan yang muncul dalam puisi abad ke-14, Roseberry membayangkan semula harimau bintang, singa dan serigala betina dalam koleksi yang masing-masing melambangkan nafsu, kesombongan dan ketamakan.
Supermodel Naomi Campbell pula menggayakan kot bulu tiruan hitam berkotak dengan kepala serigala di bahu kiri, manakala model Kanada, Shalom Harlow memakai gaun dengan kepala harimau salji di bahagian dada.
Semua rekaan direka sepenuhnya dengan tangan daripada resin buih dan bahan buatan manusia yang lain.
Namun, walaupun Schiaparelli menyatakan bahawa rekaan-rekaan itu adalah "faux-taxidermy," visualnya tetap sukar diterima pengguna media sosial yang mendapati koleksi itu sukar untuk dihargai.
Tetapi bagi Roseberry, jika pakaian itu menimbulkan ketakutan, maka mereka melakukan tugas dengan baik.
"Inferno, Purgatorio, Paradiso: Seseorang tidak boleh wujud tanpa yang lain," dia membuat kesimpulan dalam nota persembahan.
"Ia adalah peringatan tidak ada syurga tanpa neraka, tidak ada kegembiraan tanpa kesedihan, tidak ada ekstasi penciptaan tanpa keraguan," tambahnya lagi.
Agensi
Tue Jan 24 2023

'Gaun singa' itu merupakan pra-keluaran daripada koleksi couture Spring-Summer 2023 gedung fesyen Schiaparelli.- Instagram/kyliejenner

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pelabur dikatakan bimbang dengan inflasi yang sangat tinggi di Eropah dan ramai yang mengambil pendirian 'tunggu dan lihat'.

Disney umum buang 7,000 pekerja
SYARIKAT Walt Disney mengumumkan penstrukturan semula secara menyeluruh dengan memberhentikan 7,000 pekerja di bawah pengurusan Ketua Pegawai Eksekutif, Bob Iger.

Piala Perancis: Marseille tunjukan PSG jalan keluar
Tanpa Mbappe yang cedera, PSG bergelut sepanjang 90 minit perlawanan berintensiti tinggi tersebut.

UEM Sunrise gagal muktamad pembelian tanah bernilai RM384 juta berhampiran KLCC
Nipponkey Sdn Bhd akan membayar balik deposit kepada Lucky Bright Star, termasuk sebarang faedah terakru, dalam tempoh 14 hari.

Gempa Turkiye: Saya masih trauma - Pelajar Malaysia
Zahirul yang mengikuti pengajian Sejarah Islam di Universiti Gaziantep berkata, ketika kejadian, dia sedang menonton televisyen.

Tiada penyelewengan wang zakat MAINS - SPRM
Siasatan berhubung isu berkenaan telah selesai pada 2019 dan mendapati tidak menemukan jenayah rasuah.

Pantau Kerajaan Baharu | Impak Lawatan PM Ke Thailand

Jo Ghani desak Goldman Sachs segera bayar hutang 1MDB kepada kerajaan Malaysia
Perjanjian antara bank pelaburan AS dan kerajaan Muhyiddin menjangkakan Malaysia menerima jumlah itu dalam aset 1MDB menjelang 2025.

AWANI Ringkas: Menu Rahmah tidak libatkan perbelanjaan kerajaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

14 maut trak menyeludup migran terbalik
Pihak berkuasa tempatan dilaporkan sudah menemui kesemua mayat yang terlibat dalam kemalangan berkenaan.

Ada apa dengan kepala singa Kylie Jenner?
Koleksi itu diilhamkan oleh "Inferno" Dante dan metafora keraguan serta kesukaran perjalanan kreatif yang dialami semua artis.

'2/2/22' Kylie Jenner umum menimang cahaya mata kedua
Kylie Jenner mengumumkan dia sudah menimang cahaya mata yang kedua, minggu lalu.

Tuah badan: Enam selebriti ini antara terkaya di Hollywood
Ramai selebriti Hollywood yang tergolong sebagai kaya, namun pasti anda tidak menyangka enam selebriti berikut yang mempunyai aset yang mencecah lebih AS$1 bilion.

Watak Trolls kejutan Hari Krismas Kylie Jenner buat Stormi
Sambutan Krismas Stormi Webster, anak jutawan bintang realiti televisyen, Kylie Jenner ibarat mimpi jadi kenyataan apabila watak kegemarannya daripada filem animasi Trolls, Poppy benar-benar muncul.

Kylie Jenner dan Travis Scott berpisah
Gitulah!

Kylie Jenner sambut hari lahir atas kapal Equanimity
Difahamkan caj dikenalkan untuk pelayaran di atas kapal tersebut ialah sekitar AS$1.2 juta atau bersamaan RM5.1 juta seminggu.

Gara-gara tayang kereta mewah, jutawan kosmetik Kylie Jenner kena kecam
Siapa yang tidak kenal dengan bintang realiti dan ahli perniagaan, Kylie Jenner.

Bergaduh dengan BFF, Kylie Jenner sanggup sewa rumah RM1.88 juta sebulan!
Personaliti, sosialit dan usahawan popular, Kylie Jenner bakal menyewa sebuah rumah agam yang terletak di Malibu, California untuk percutian musim panasnya.

Kekayaan lebih RM4 bilion jual kosmetik, Kylie Jenner kini bilionair termuda!
BINTANG realiti televisyen, Kylie Jenner terus melakar sejarah tersendiri apabila sekali lagi tercatat sebagai jutawan bertaraf bilionair termuda atas usaha sendiri di Amerika Syarikat.

Gara-gara curang, Khloe Kardashian dan Tristan akhirnya berpisah
Personaliti dan sosialit popular Hollywood, Khloe Kardashian telah berpisah dengan pasangannya Tristan Thompson.