Rancangan sukan lasak terbitan Astro Awani, Adrenalin membawakan Liga Mini Ramp Adrenalin DC yang bermula di perkarangan Stadium Batu Kawan Pulau Pinang 29-30 Jun ini.

Dua kategori sukan dipertandingkan iaitu BMX dan papan selaju ataupun ‘skateboarding’.

Penyertaan dibuka kepada semua atlet sukan BMX dan skateboarding.

Atlet yang berminat boleh hadir pada jam 10 pagi di venue kejohanan untuk mendaftar.

Liga bermula dengan saingan skateboarding pada Sabtu dan BMX pada Ahad.

Juara setiap pusingan akan membawa pulang RM1,000 dan 10 mata kejohanan, diikuti 7 mata untuk tempat kedua, 4 mata untuk tempat ketiga, 2 mata untuk tempat keempat dan 1 mata untuk tempat kelima.

Johan keseluruhan akan membawa pulang bonus RM1,000 sekaligus dinobat Juara Liga Mini Ramp Adrenalin DC.
Selain dapat bertanding dan menyaksikan aksi hebat BMX dan skateboarding tempatan, anda juga berpeluang melihat disebalik tabir pembikinan Adrenalin.

Anda juga berpeluang bertemu dengan hos Adrenalin dan penyampai Astro Awani yang lain di lokasi kejohanan.

Astro Awani juga akan merakam dan menerbitkan program khas empat episod Liga Mini Ramp Adrenalin DC yang bakal disiarkan setiap penghujung bulan bermula Ogos.

Selepas Pulau Pinang, Liga Mini Ramp Adrenalin DC akan menjejalah ke Kuantan, Johor Bahru dan Kuala Lumpur.

Tarikh hentian seterusnya akan diumumkan selepas tamat pusingan pertama di Pulau Pinang.

Untuk maklumat lanjut mengenai Liga Mini Ramp Adrenalin DC, anda boleh menghantar email kepada penerbit Adrenalin [email protected].