Korea Utara ingin berubah. Selepas bertahun-tahun dilabel oleh Skytrax sebagai syarikat penerbangan terburuk dunia, syarikat penerbangan nasional Air Koryo kini mengalami revolusi, menurut beberapa temubual dengan para penumpang dan ejen pelancongan.
Pesawat baharu, pilihan hiburan dalam pesawat baharu, pakaian seragam baru nan segak untuk staf kabin, bahkan wujud penerbangan kelas perniagaan. Semua ini merupakan usaha pemimpin ulung Kim Jong Un dalam menjana bilangan pelancong 20 kali ganda kepada dua juta orang menjelang tahun 2020 sekaligus membantu kadar tukaran matawang negara berkenaan yang tidak seberapa.
Ini lima sebab untuk menempah tiket anda sekarang, sebelum keghairahan menyertai satu-satunya penerbangan satu bintang di dunia lenyap selamanya (dan selagi mana anda tidak kisah memainkan peranan menyumbang kepada program senjata nuklear Kim).
1. Kerajaan Tersembunyi
Di samping kegembiraan dalam penerbangan Air Koryo, salah satu tarikan bagi kebanyakan pelancong ialah untuk mengintai di sebalik tabir negara paling terpencil di dunia. Bak kata warga Singapura Mindy Tan yang melawat negara itu tahun lalu: “Saya sudah bosan menonton rakaman gambar Kim dan perbarisan yang sama. Saya perlu tengok sendiri.”
Usah risau dengan ujian nuklear atau pelancaran misil. Di sini anda boleh berlari maraton sepanjang jalan di Pyongyang yang dikongkong atau menonton 100 ribu kanak-kanak melakukan tarian segerak. Negara ini cuba membuka tarikan seperti The country is trying to open up attractions Masikryong Ski Resort dan kelab gold Tasik Taesong. Dan di mana lagi anda akan dapat pengalaman dihalang bergambar kerana selfie di tempat terlarang?
2. Hiburan dalam pesawat
Skrin yang dikongsi ramai yang dilabuhkan dari siling akan memastikan anda kekal terhibur dengan rancangan dan konsert propaganda dari kumpulan wanita kegemaran pemimpin ulung Kim Jong Un, Moranbong, yang menyanyikan lagu-lagu patriotik tentang, ya, Kim Jong Un. Bawa fon telinga yang ada peluput bunyi. Tidak ada kawalan kenyaringan bunyi dalam pesawat.
3. Pelancongan dalam pesawat
Bukan selalu anda bertemu dengan ejen pelancongan yang akan membantu mendapatkan perjalanan di sesebuah negara hanya dalam pesawat, namun hal ini tidak mustahil di Korea Utara. Juche Travel Services yang berpusat di London menyediakan kembara bertema penerbangan.
Air Koryo baru-baru ini membeli dua pesawat Tupolev Tu-204s buatan Rusia untuk laluan antarabangsa, dengan tiket ekonomi berharga sekitar 900 yuan (RM581) bagi perjalanan dua jam dari Beijing. Tiba di Pyongyang, anda boleh berpindah ke pesawat era Soviet seperti helikopter pengangkut Mil Mi-17 untuk bersiar-siar di ibu kota atau menikmati pemandangan gunung-ganang.
"Satu pengalaman berbeza, berkelana merentas masa ke 20, 30 tahun yang lalu,'' ujar Sam Chui, penggemar penerbangan yang telah terbang dengan Air Koryo kira-kira 20 kali.
4. Lapangan terbang nan tenang
Walaupun anda mungkin berhadapan dengan barisan panjang dan karenah imigresen ketika ingin berlepas ke Korea Utara, setibanya di republik itu, masalah tersebut akan berlalu.
Anda tidak perlu lagi bersesak di bangunan sementara yang telah melakonkan peranan sebagai lapangan terbang sepanjang lima tahun lalu kerana ibu negara itu kini mempunyai bangunan baru yang bergaya. Dengan kurang enam penerbangan antarabangsa sehari, dan tipisnya kemungkinan untuk lewat akibat mogok pekerja, bas lapangan terbang akan menghantar anda tepat pada masanya ke bangunan yang hampir kosong itu.
5. Burger misteri
Walaupun makanan terutamanya di anjung kelas perniagaan sudah diperbaiki, bahagian perjalanan Air Koryo yang paling kerap diabadikan dalam foto merupakan burger ‘daging misteri’ yang tersohor.
“Burger itu sudah wujud bertahun-tahun lamanya, dan semua orang berjenaka tentangnya,” ujar Chui, yang telah memakan sekurang-kurangnya 10 burger itu. Untuk menamatkan perdebatan tentang sumber protein itu, kami menghubungi pejabat Air Koryo di Beijing untuk penjelasan. Wakil syarikat itu tidak memberi sebarang respon.
The Washington Post
Sat Feb 20 2016
Menerusi revolusi Air Koryo, Korea Utara berharap untuk menjana jumlah pelancong seramai dua juta orang menjelang tahun 2020 - Foto AFP
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 12 Disember 2024
1️⃣ Kadar subsidi tiket naik kepada RM400
2️⃣ SPRM peroleh perintah larang akses harta
3️⃣ Mangsa gangguan seksual perlu berani buat laporan
#awaniringkas
1️⃣ Kadar subsidi tiket naik kepada RM400
2️⃣ SPRM peroleh perintah larang akses harta
3️⃣ Mangsa gangguan seksual perlu berani buat laporan
#awaniringkas
Pasukan MALBATT 850-12 akan tingkat siap siaga, waspada di Lubnan
Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-12 akan meningkatkan kesiapsiagaan dan kewaspadaan menghadapi sebarang kemungkinan dalam melaksanakan misi (pengaman) dengan selamat di Lubnan.
‘Saya tunggu masa sesuai.’ – Bekas Bendahari Agung PN
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar enggan mengulas lanjut berhubung peletakan jawatan beliau secara mengejut sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional.
Beliau yang ditemui media selepas majlis penyerahan projek paip agihan air dari Kemaman, Terengganu ke Gebeng di rumah pam Penggalak Gebeng, di Kuantan, berkata kenyataan akan dikeluarkan pada masa yang sesuai.
Beliau yang ditemui media selepas majlis penyerahan projek paip agihan air dari Kemaman, Terengganu ke Gebeng di rumah pam Penggalak Gebeng, di Kuantan, berkata kenyataan akan dikeluarkan pada masa yang sesuai.
Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta
Empat syarikat korporat Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat secara kolektif memberi sumbangan sebanyak RM5 juta kepada Dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan bencana.
[TERKINI] RCI 47 halaman dihitam lindungi sensitiviti, hubungan diplomatik
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) itu berkata, 47 halaman muka surat yang dihitamkan dalam laporan RCI bertujuan melindungi keselamatan dan menjaga hubungan diplomatik antarabangsa.
Kadar subsidi tiket penerbangan naik kepada RM400 - PM
Kadar inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan, FLYsiswa dinaikkan daripada RM300 kepada RM400 seorang bermula 1 Januari tahun depan.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia antara ikhtiar kerajaan dalam meringankan beban mahasiswa dari Sabah, Sarawak dan Labuan yang berdepan harga tiket penerbangan yang agak tinggi apabila ingin pulang ke negeri masing-masing.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia antara ikhtiar kerajaan dalam meringankan beban mahasiswa dari Sabah, Sarawak dan Labuan yang berdepan harga tiket penerbangan yang agak tinggi apabila ingin pulang ke negeri masing-masing.
Banduan Doktor falsafah dibebaskan sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor
Banduan pertama yang memperoleh ijazah Doktor Falsafah (PhD) semasa di dalam penjara, diberi pengampunan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena Hari Keputeraan baginda, pada Rabu.
Guru mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual terhadap murid
Seorang guru di Ipoh mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan amang seksual terhadap murid perempuan. Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 17 Januari 2025.
Dewan Rakyat bahas laporan RCI Batu Puteh
Azalina menegaskan penelitian terhadap penemuan dan syor-syor Suruhanjaya bukan sahaja dapat memberikan penjelasan tentang kedudukan perkara berkaitan kedaulatan negara, tetapi juga mengukuhkan komitmen bersama untuk menegakkan kepentingan negara.
Tertakluk prinsip tanggungjawab kolektif jemaah menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet kerana ia adalah tanggungjawab bersama.
Alami 5 perkara ini dalam Air Koryo, penerbangan terburuk di dunia ke Korea Utara
Lima sebab anda perlu menempah tiket Air Koryo dan berlepas ke Korea Utara bersama satu-satunya syarikat penerbangan satu bintang di dunia.