awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut dirempuh van Siam langgar lampu isyarat merah
[TERKINI] Bung Moktar bebas kes rasuah RM2.8 juta
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS menjelang anggaran KDNK suku keempat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anjung MalaysiaKu X Foodie Fiesta 2025 meriahkan Hari Malaysia

Astro Awani
Astro Awani
29/08/2025
22:45 MYT
Anjung MalaysiaKu X Foodie Fiesta 2025 meriahkan Hari Malaysia
Rayme berkata, selain pelbagai pilihan makanan, festival ini turut menampilkan aktiviti menarik lain seperti pameran perniagaan tempatan dan antarabangsa. - Foto Raydiates
KUALA LUMPUR: Tidak tahu buat apa pada cuti Hari Malaysiai? Jangan risau! Festival makanan dan gaya hidup terbesar di Lembah Klang, Anjung MalaysiaKu X Foodie Fiesta 2025 tampil dengan kira-kira 300 lot niaga sempena sambutan Hari Malaysia dan Hari Usahawan Negara (HUN) 2025.
Festival anjuran Raydiates Blue Sdn Bhd (Raydiates) bersama Foodie Media (KL Foodie) ini berlangsung selama lima hari bermula 12 September di pekarangan parkir Stadium Nasional Bukit Jalil, dengan pelbagai aktiviti menarik dan jualan yang pastinya tidak mahu dilepaskan.
Penganjur bersama dan Pengarah Urusan Raydiates, Rayme Zainal, berkata Anjung MalaysiaKu X Foodie Fiesta 2025 bukan sekadar festival makanan.
Jelasnya, ia turut menjadi platform untuk mengangkat usahawan tempatan, mempromosikan budaya Malaysia, serta merapatkan jurang antara komuniti perniagaan dan masyarakat, sempena sambutan Hari Malaysia, dengan sokongan daripada Kementerian Pelancongan dan Seni Budaya (MOTAC).
"Kerjasama strategik dengan Dewan Perniagaan Usahawan Malaysia (DPUM) bersempena Hari Usahawan Negara (HUN) 2025 memberikan nilai tambah kepada penganjuran itu kerana ia menghubungkan terus peserta dengan peluang perniagaan, jaringan usahawan dan akses pasaran yang lebih luas," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Jumaat.
Rayme berkata, selain pelbagai pilihan makanan, festival ini turut menampilkan aktiviti menarik lain seperti pameran perniagaan tempatan dan antarabangsa, forum serta sesi perkongsian bersama ikon industri, pertandingan inovasi, pitching pelaburan, serta peluang jaringan perniagaan.
Beliau memberitahu, bagi mencipta kelainan, penganjur akan mengadakan sesi Live Podcast bersama figura terkenal tanahair, aktivititi demo masakan dan penglibatan pempengaruh antara tarikan utama bagi menarik pengunjung memandangkan tarikh festival merupakan cuti panjang hujung minggu selama empat hari.
Orang ramai juga katanya, tidak perlu bimbang kerana selain terdapat kemudahan stesen LRT untuk ke sana, terdapat banyak tapak parkir kenderaan disediakan di sekitar kawasan bagi menampung pertambahan jumlah pengunjung.
Justeru beliau, mengalu-alukan penyertaan vendor makanan, minuman, fesyen, kraf dan produk gaya hidup untuk bersama-sama memeriahkan festival ini.
Menurutnya, lot niaga adalah terhad mengikut kategori, jadi peserta atau usahawan yang mendaftar awal berpeluang mendapatkan tempat terlebih dahulu.
Anjung MalaysiaKu X Foodie Fiesta dianjurkan Raydiates dan KL Foodie milik pempengaruh terkenal, Pinn Yang dengan kerjasama DPUM bagi menyokong HUN yang merupakan platform mega menghimpunkan ribuan usahawan, inovator dan pemain industri dari pelbagai latar belakang, bidang dan skala perniagaan.
Dengan tema Usahawan Nadi Negara, HUN 2025 bukan sahaja medan perniagaan malah menjadi pengalaman lengkap yang mempamerkan keindahan dan kepelbagaian Malaysia kepada dunia menerusi pelbagai aktiviti.
Topic Berkaitan
#MOTAC
#Hari Malaysia
#Stadium Nasional Bukit Jalil
#Anjung MalaysiaKu X Foodie Fiesta 2025
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan