awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anugerah Sabahan Pilihan ERA hargai jasa warga Sabah

Astro Awani
Astro Awani
27/08/2021
11:37 MYT
Anugerah Sabahan Pilihan ERA hargai jasa warga Sabah
Semua pihak dijemput untuk membuang undi dalam pemilihan juara setiap kategori dari 6 hingga 12 September 2021. - Ihsan ERA Sabah.
KUALA LUMPUR: ERA Sabah buat julung kalinya menganjurkan ‘Anugerah Sabahan Pilihan ERA’ yang memberi peluang kepada semua peminat ERA Sabah untuk mencalonkan individu yang dikenali dan menabur jasa dalam membantu golongan terjejas sepanjang tempoh pandemik ini.
Dalam satu kenyataan, pencalonan boleh dibuat bermula sekarang hingga 5 September di laman rasmi era.je dan di aplikasi SYOK.
"Pencalonan ‘Anugerah Sabahan Pilihan ERA’ boleh dibuat untuk tiga kategori iaitu Sabahan Pemurah Pilihan ERA: Individu yang membantu dari segi bekalan makanan mahupun wang tunai kepada golongan yang terjejas; Sabahan Prihatin Pilihan ERA: Individu yang memberi bantuan fizikal dan sokongan rohani termasuk sukarelawan di pusat-pusat pemberian vaksin, sukarelawan bencana alam atau sebagai tenaga pengajar.
"Bagi kategori ketiga melibatkan Influencer Sabahan ERA: individu yang memberi hiburan kepada rakyat Sabah menerusi dengan pelbagai pendekatan seperti lakonan, nyanyian, dan pelbagai lagi di platform media sosial," katanya.
Tambah kenyataan itu lagi, semua pihak dijemput untuk membuang undi dalam pemilihan juara setiap kategori dari 6 hingga 12 September 2021.
Katanya, juara setiap kategori akan diumumkan pada pukul 10 pagi, 16 September sempena sambutan Hari Malaysia menerusi Facebook Live ERA Sabah.
"Semua pemenang akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM500, sebuah trofi berserta sijil penghargaan. Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi era.je atau ikuti ERA Sabah di laman-laman media sosial," katanya.
Topic Berkaitan
#ERA Sabah
#Anugerah Sabahan Pilihan ERA
#COVID-19
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan