awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apple kategorikan MacBook Air cip Intel, iPhone 11 Pro sebagai usang
OpenAI bangunkan model AI audio baharu, perbualan lebih semula jadi dijangka Mac ini
Koperasi masjid di Malaysia: Memperkasa ekonomi ummah menjelang 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Art of Speed 2019 lebih hebat

Ian Johan Ariff
Ian Johan Ariff
11/07/2019
09:05 MYT
Art of Speed 2019 lebih hebat
Art of Speed 2019 kembali dengan pentas muzik yang lebih hebat. - Foto AOS
PEMINAT 'kustom kulture' ataupun budaya mengubah suai kenderaan dan juga muzik bakal disajikan dengan acara Art of Speed 2019 (AOS 2019) yang lebih hebat.
Acara yang akan berlangsung pada 27 dan 28 Julai di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia, Serdang (MAEPS), mensasarkan lebih 40,000 pengunjung.
Selain kehadiran lebih daripada 20 ikon terkenal dalam mengubah suai kenderaan dari komuniti kustom selain pentas muzik Sound Circus pada acara itu juga diperhebatkan.
Pentas Sound Circus tahun ini dipindahkan ke luar dewan pameran bagi memenuhi permintaan peminat muzik yang hadir ke Art of Speed, yang semakin meningkat jumlahnya.
Barisan artis Sound Circus akan menampilkan Hujan sebagai persembahan utama dengan band-band lain seperti Bittersweet, Masdo, Gerhana Ska Cinta, Kapow, Asheed Def Gab C, Kid Search dan persembahan utama, Blues Gang.
“Seperti mana kita terus berkembang dengan industri komuniti, begitu juga Art of Speed yang akan memasuki tahun kelapan.” kata Asep Ahmad Iskandar, Pengasas Art of Speed Malaysia.
Pengasas Art of Speed Malaysia, Asep Ahmad Iskandar di sidang media AOS 2019 pada Rabu.
Acara tahun ini melibatkan pameran kenderaan kustom dan klasik di dalam dewan seluas 150,000 kaki persegi yang berhawa dingin di Dewan A.
“Kami juga menyediakan aktiviti mesra keluarga seperti bengkel papan selaju oleh Vans dan banyak lagi aktiviti di Art of Speed 2019.” tambah Asep.
Anda juga berpeluang untuk mendapatkan keluaran edisi terhad kolaborasi penaja utama AOS 2019, PETRONAS dengan Hot Wheels & Krome Bandits.
Topic Berkaitan
#ART OF SPEED
#Asep Ahmad Iskandar
#Bittersweet
#Blues Gang
#Custome Culture
#Gerhana Ska Cinta
#KUSTOM KULTURE
#Maeps
#Masdo
#Sound Circus
#Vans
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan