awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Astro lancar 'E-Waste Recyling Program', tingkat kesedaran pengurusan berkesan bahan buangan elektronik

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
14/10/2021
11:13 MYT
Astro lancar 'E-Waste Recyling Program', tingkat kesedaran pengurusan berkesan bahan buangan elektronik
(Dari kiri) Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Astro, Tammy Toh; Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar, Wan Abdul Latiff Wan Jaffar; Pengarah Astro NJOI, Mazhairul Jamaluddin, hadir pada majlis pelancaran Astro E-Waste Recycling Programme. - Foto Astro
KUALA LUMPUR : Tidak ramai yang mengetahui cara pengendalian barangan elektrik dan elekronik terbuang termasuk kesannya terhadap alam sekitar.
Justeru, bagi meningkatkan kesedaran masyarakat, Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) mengambil pendekatan untuk melancarkan Program Kitar Semula E-Waste Astro atau Astro E-Waste Recycling Programme.
Menariknya, dengan setiap satu tan bahan terbuang melalui program berkenaan, Astro akan menyumbangkan sebuah laptop kepada pelajar memerlukan.
Dalam satu kenyataan, Astro berkata, ia juga salah satu cara untuk memperkasakan komitmen dalam mempromosi alam sekitar yang lebih lestari dan selamat, terutama untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan kakitangan.
Inisiatif ini dilancarkan bersempena dengan Hari E-Waste Sedunia dan disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar, Wan Abdul Latiff Wan Jaffar, pada Khamis.
Sementara itu, Wan Abdul Latiff berkata, adalah penting untuk semua pihak berusaha meningkatkan kesedaran orang ramai bahawa buangan elektrik dan elektronik perlu diurus dengan cara yang terbaik untuk melestarikan alam sekitar.
"Ini bermakna buangan atau E-Waste ini tidak boleh dilupuskan di tempat sembarangan, tidak boleh dilupuskan di tapak-tapak pelupusan sampah biasa.
"Ia perlu diurus secara lestari yang mana kita telah menyediakan pusat-pusat pengumpulan E-Waste dan selepas itu ia akan diperoleh kembali dan E-Waste tersebut dilupus secara selamat ataupun environmentally sound management.
"Pada masa ini kita sedang menyediakan mekanisma pengurusan E-Waste untuk isi rumah. Jadi dalam menyediakan mekanisme ini, ada dua perkara penting yang kita laksanakan. Pertama ialah mewujudkan kerangka perundangan untuk kita mengawal dari segi pengurusan dan pelupusan E-Waste ini," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Program Kitar Semula e-Waste Astro di Astro Bukit Jalil pada Khamis.
Selain Jabatan Alam Sekitar, program ini turut dijalankan dengan kerjasama sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ERTH Malaysia, iaitu organisasi yang komited untuk meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia terhadap cara pengurusan barangan elektrik dan elektronik terbuang.
Topic Berkaitan
#Jom Lupus E-Waste
#Astro
#e-waste
#Astro E-Waste Recycling Programme
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan