awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AstroBiz: Dorongan bapa realisasi pembukaan Restoran BRJ

Malekah Aisyah
Malekah Aisyah
17/07/2025
05:32 MYT
AstroBiz: Dorongan bapa realisasi pembukaan Restoran BRJ
Samir (gambar) berharap agar Restoran BRJ kekal mendapat tempat dalam kalangan orang ramai dengan hidangan istimewa yang wajar dinikmati pencinta kulinari. - Foto Astro
CHERAS: Dorongan bapa menjadi tulang belakang di sebalik penubuhan restoran mamak disukai ramai, BRJ.

Ringkasan AI
  • Dorongan bapa menjadi tulang belakang disebalik penubuhan restoran mamak disukai ramai, BRJ.
  • Pengurusnya Samir Zaini berkata, restoran yang ditubuhkan sejak 1999 itu memiliki lebih 5 cawangan di sekitar Lembah Klang dan berjaya menjadi salah satu pemenang Astro BizOne Rewards.
  • Menurut Samir, rahsia kepada kejayaan restoran itu ialah pelbagai menu makanan lokal dan lebih 150 juadah western dihidangkan.

Pengurusnya Samir Zaini berkata, restoran yang ditubuhkan sejak 1999 itu memiliki lebih lima cawangan di sekitar Lembah Klang dan berjaya menjadi salah satu pemenang Astro BizOne Rewards.
Menurut Samir, rahsia kepada kejayaan restoran itu ialah pelbagai menu makanan lokal dan lebih 150 juadah western dihidangkan.
“Apa yang nampakkan BRJ ni unik adalah saya rasa menu kami ada pelbagai jenis makanan dihidangkan.
“Contohnya, kalau kita ambil makanan western saya rasa kami adalah satu satunya restoran mamak yang ada pelbagai jenis makanan western (barat), lebih daripada 150 menu.
“Satu signature dish ialah nasi lemak ayam goreng kami kerana sambal yang disediakan adalah resipi autentik yang mengekalkan rasa tradisional bagi semua penggemar makanan,” katanya ketika ditemu bual di Restoran BRJ cawangan Cheras, di sini.
Nasi lemak ayam goreng yang menjadi pilihan ramai. - Foto Astro
Nasi lemak ayam goreng yang menjadi pilihan ramai. - Foto Astro
Samir berkata, pelanggan juga gemar berkunjung ke restorannya kerana langganan pakej Astro BizOne yang menawarkan pelbagai jenis rancangan hiburan dan sukan.
Selain itu, dia juga meluahkan rasa syukur menjadi salah seorang pemenang Astro BizOne Rewards kerana mampu mempromosi restorannya ke khalayak ramai menerusi pelbagai platform Astro.
“Semua cawangan kami ni memang ada Astro BizOne sebab kami nak tarik pelanggan dan juga nak jamu mereka dengan satu pengalaman luar biasa.
“Dengan menayangkan tayangan perlawanan secara langsung untuk pelbagai jenis sukan, pelanggan lepak di sini lebih lama.
“Dan setiap malam memang mereka akan minta untuk kami pasang perlawanan sukan jadi kami pun secara tidak langsung nak bagi satu experience seperti berada di stadium,” ujarnya.
Sementara itu, beberapa pelanggan berkongsi pengalaman serta pilihan menu yang menambat hati sepanjang berkunjung ke restoran BRJ.
“Dia pasang Astro dan pasang bola... EPL dan sebagainya... jadi seronoklah tengok dengan kawan-kawan rasa macam tak kosong lah lepak tu.
“Kawan dari jauh pun datang sini, dari Perak datang sini dan memang berbaloi lah jauh-jauh datang sebab harga pun berpatutan, servis cepat dan makanan sedap,” kata Muhammad Zulhazimie Zulkarnain
“Selalunya saya akan pesan nasi kandar atau nasi lemak kerana sedap dan harga berpatutan.
“Saya sering ke sini, boleh dikatakan setiap malam selepas kelas saya akan ke sini dengan kawan-kawan untuk lepak dan menghabiskan masa menonton perlawanan sukan,“ jelas Sriraaam Vikneswaran.
Kempen Astro BizOne Rewards memberi ganjaran promosi bagi pelanggan makanan dan minuman (F&B) yang melanggan pakej Astro BizOne.
Sertai Astro BizOne Rewards hari ini dan gandakan potensi bisnes anda ke peringkat lebih tinggi!
Restoran Nasi Kandar BRJ cawangan Cheras. - Foto Astro
Restoran Nasi Kandar BRJ cawangan Cheras. - Foto Astro
Topic Berkaitan
#Astro BizOne
#Kempen Astro BizOne Rewards
#restoran mamak
#perlawanan sukan
#BRJ
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan