SYDNEY: Aktiviti jurulatih kecergasan yang dikekang perintah sekatan atau lockdown di Sydney membuatkan mereka berfikir kaedah yang khusus.
Ketika aktiviti di ruang tertutup termasuk dalam larangan peraturan baharu bagi mengekang COVID-19, tercetus idea untuk membawa gimnasium ke ruang terbuka - tidak kira di taman awam mahupun di padang luas.
Di kawasan taman pinggir bandar di Rushcutters Bay, pengunjung gimnasium kini dilihat mengangkat beban dan meregang otot di kawasan yang biasanya digunakan oleh mereka yang berjoging atau membawa anjing peliharaan berjalan.
Aktiviti mereka adakalanya dilakukan di bawah naungan khemah atau pergola sekiranya cuaca hujan.
Seorang jurulatih kecergasan, Matt Cook berkata, orang ramai sudah bosan dengan pertemuan di Zoom, dan sebab itulah dia mencari penyelesaian untuk melakukan aktiviti secara bersemuka dengan pelanggannya.
"Ramai jurulatih menawarkan kelas menerusi Zoom. Namun, saya memilih untuk melakukannya secara berdepan dan bersemuka di kawasan lapang," ujarnya kepada AP.
Setiap hari, Cook menyusun kelengkapan dan perkakasannya di Reg Bartley Park seawal jam 5 pagi sejak perintah sekatan pergerakan dikuat kuasa di Sydney penghujung Jun lalu.
Dalam perancangan pihak berkuasa, gimnasium hanya akan dibuka semula dalam beberapa minggu selepas kadar vaksinasi melepasi suatu tahap.
"Saya rasa semua orang teruja untuk kembali ke dalam ruang tertutup. Walaupun melakukan aktiviti di ruang terbuka cukup baik, masih ada beberapa cabaran, salah satunya adalah cuaca," terang Cook.
Agensi
Mon Sep 20 2021
Aktiviti mereka adakalanya dilakukan di bawah naungan khemah atau pergola sekiranya cuaca hujan. - AP
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Suspek liwat kenalan gimnasium ditahan di Ipoh
Seorang pemuda tempatan yang dipercayai meliwat lelaki warga Bangladesh yang baru dikenalinya di sebuah kondominium ditahan polis di Ipoh, pada Jumaat.
Puluhan ribu lelaki berisiko alami pembesaran payu dara
Akibat pengambilan steroid secara salah, puluhan ribu lelaki warga Britain mengalami risiko pembesaran payu dara.
Senaman di gim pakai 'dress', Aina Abdul cetus inspirasi buat netizen
Aina Abdul mencuri perhatian ramai apabila melakukan aktiviti mengangkat berat di gimnasium sambil memakai 'dress' labuh.
Senaman tanpa alat bantu mantapkan otot lengan, abdomen dan paha
Berikut beberapa langkah senaman dan diharapkan ia membantu kaum lelaki kelihatan lebih segak dan 'macho'.
Atasi peraturan 'lockdown': Jurulatih kecergasan Sydney bawa gimnasium ke ruang terbuka
Aktiviti mereka adakalanya dilakukan di bawah naungan khemah atau pergola sekiranya cuaca hujan.
Gimnasium kembali beroperasi di negeri Fasa 2, 3 PPN - Faizal Azumu
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu pada Jumaat mengesahkan bahawa perkhidmatan itu kini dibenarkan beroperasi semula.
KBS gesa MKN, KKM pertimbang buka semula gimnasium - Menteri
Pembukaan semula gimnasium dapat membantu operator dan jurulatih di yang terjejas pendapatan akibat wabak COVID-19 boleh kembali bekerja.
Buka semula pusat kecergasan dan sukan bagi individu lengkap divaksin - Radhakrishnan
Radhakrishnan berkata langkah tersebut perlu demi kesihatan fizikal dan mental masyarakat di samping membantu menangani isu pengangguran.
Elak aktiviti fizikal berat selama 7 hari selepas terima vaksin COVID-19 - Kementerian Kesihatan Singapura
Sebelum pengsan, remaja itu melakukan aktiviti angkat berat di gimnasium, melebihi berat badannya.
Pemilik gim dikompaun RM10,000, empat pelanggan masing-masing RM2,000
Seorang pemilik pusat gimnasium di Butterworth dikompaun RM10, 000 manakala empat pelanggannya dikompaun RM2,000 setiap seorang.