GAYA HIDUP
Aunty Chom menang anugerah buku masakan antarabangsa di Portugal

Buku terbaharu Aunty Chom,'My Malaysian Food Journey' meraih tempat pertama dalam kategori Warisan Makanan di Gourmand Cookbook Awards 2025. - Foto Datin Kalsom
KUALA LUMPUR: Penulis dan penggiat budaya warisan Malaysia, Datin Kalsom Taib, yang mesra di sapa sebagai ‘Aunty Chom’, sekali lagi mengharumkan nama negara.
Ringkasan AI
- Buku 'My Malaysian Food Journey' oleh Datin Kalsom Taib menang tempat pertama kategori Warisan Makanan di Gourmand Cookbook Awards 2025 di Lisbon, Portugal.
- Kemenangan ini adalah anugerah antarabangsa keempat Kalsom, hasil usaha memelihara dan mempromosikan warisan makanan Malaysia kepada dunia.
- Kalsom turut mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026 melalui pembentangan dan klip video, memperkenalkan kekayaan rasa dan budaya Malaysia di pentas global.
“Ini adalah kemenangan keempat saya di pentas Gourmand. Sebelum ini, saya telah memenangi Johor Palate (2015), Malaysia’s Culinary Heritage (2021), dan Recipes are for Sharing (2023),” katanya kepada Astro AWANI.
Buku My Malaysian Food Journey, yang dilancarkan isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada tahun lalu, memenangi anugerah tersebut pada tahun ini atas sumbangannya dalam memelihara dan mempromosikan warisan makanan Malaysia.
Sebelum majlis penyampaian anugerah, Kalsom turut membuat pembentangan bertajuk 'Delightfully Malaysian' dan menayangkan klip video khas yang mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026 kepada hadirin antarabangsa.
“Saya berbesar hati dapat memperkenalkan kekayaan budaya dan kepelbagaian rasa Malaysia kepada dunia dan berharap ia dapat menarik lebih ramai pelancong ke negara kita,” tambahnya.
Kemenangan ini sekali lagi membuktikan bahawa warisan masakan Malaysia bukan sahaja kaya dengan rasa, tetapi juga mampu berdiri megah di persada dunia.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami