BERDASARKAN kajian, kebanyakan lelaki mendakwa mereka tidak punya cukup masa untuk merapi diri dan ada juga dikatakan malu untuk berbuat demikian kerana tidak mahu digelar lelaki metroseksual.
Akibatnya, kaum lelaki yang jarang menjaga penampilan diri kelihatan jauh lebih tua daripada usia mereka.
Berikut ini 8 perkara yang biasa dilakukan kaum Adam hingga mereka kelihatan ‘cepat tua’:
1) Cuci muka menggunakan sabun mandi
Mencuci muka dengan menggunakan sabun mandi memang lebih praktikal dan mudah dilakukan.
Namun, tahukah anda, sabun mandi biasanya menyebabkan kulit anda menjadi kering dan kasar.
Begitulah kesannya nanti kepada kulit wajah anda.
2) Bercukur tanpa menggunakan krim
Mencukur misai atau jambang tanpa menggunakan krim pencukur boleh membuatkan kulit muka anda menjadi kasar.
Anda seharusnya membeli krim pencukur yang baik untuk melindungi kulit anda.
3) Merokok
Hentikan merokok sekarang juga. Ini kerana ribuan racun dalam rokok itu boleh mendatangkan pelbagai penyakit dan menjejas sel tubuh anda.
4) Kurang makanan sihat
Salah satu cara terbaik untuk menjaga kesihatan dan penampilan diri adalah dengan memakan makanan sihat.
Memakan sayuran, buah-buahan, protein dan vitamin yang cukup boleh mencegah kerosakan sel tubuh dan mengekalkan awet muda.
5) Kurang minum air
Meminum air yang cukup itu penting untuk kesihatan kulit dan tubuh. Sebenarnya, inilah perkara utama yang harus dilakukan setiap hari untuk menjaga penampilan diri.
6) Tidak memakai pelembap kulit
Pelembap kulit sebenarnya bukan untuk wanita sahaja. Bagaimanapun kebanyakan lelaki memandang remeh peri pentingnya menggunakan pelembap kulit.
Ini lebih-lebih lagi kerana mereka tidak mahu disifatkan sebagai lelaki metroseksual atau terlalu pentingkan penampilan diri seperti kaum wanita.
Padahal, pelembap penting untuk melindungi kulit dari pengaruh buruk cuaca dan pencemaran udara.
7) Tidak memakai pelindung cahaya matahari
Kebanyakan lelaki tiada masalah melakukan kegiatan seperti bersukan di bawah terik matahari. Tapi, kulit anda yang akan ‘merana’ nanti.
8) Kurang bersenam
Kurang bersenam menyebabkan metabolisme tubuh menjadi kurang lancar. Rutin bersenam dengan kerap dapat membantu sel-sel tumbuh semula dan memastikan anda kekal sihat.
*Artikel asal di Maskulin
Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, permotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Maskulin
Sat Feb 12 2022
Kebanyakan lelaki mendakwa mereka tidak punya cukup masa untuk merapi diri dan ada juga dikatakan malu untuk berbuat demikian kerana tidak mahu digelar lelaki metroseksual. -Gambar hiasan/Maskulin
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Awas! 8 tabiat ini boleh buat anda nampak lebih tua daripada usia sebenar
Kebanyakan lelaki mendakwa mereka tidak punya cukup masa untuk merapi diri dan ada juga dikatakan malu untuk berbuat demikian kerana tidak mahu digelar lelaki metroseksual.