awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Awas hubungan 'intim' dengan si pemakai pendakap gigi

Astro Awani
Astro Awani
01/04/2018
02:07 MYT
Awas hubungan 'intim' dengan si pemakai pendakap gigi
Wanita berkenaan dilaporan mencederakan 'alat sulit' teman lelakinya ketika melakukan hubungan. - Gambar hiasan
Individu yang memakai pendakap gigi dinasihatkan agar lebih berhati-hati ketika melakukan hubungan 'intim' termasuk ketika 'ingin bersama' pasangan mereka agar tidak mencederakan diri sendiri mahupun pasangan.
Peringatan itu diberikan oleh seorang doktor gigi di Pattaya,Thailand melalui perkongsian video di Facebook susulan banyak aduan yang diterimanya berhubung kemudaratan membabitkan golongan yang memakai pendakap gigi dan pasangan mereka.
Terbaharu Dr Pitipong Srichaiyoruk membuat perkongsian video itu selepas dia menerima laporan daripada salah seorang pelanggan wanita yang memakai pendakap gigi yang secara tidak sengaja mencederakan 'alat sulit' teman lelakinya.
Dia turut memuat naik paparan skrin mesej yang dihantar kepadanya oleh pelanggan wanita tersebut.
Foto Facebook
Foto Facebook
Zakar lelaki berkenaan dikatakan tercedera selepas ia dipercayai tersangkut pada dawai pendakap gigi ketika melakukan 'hubungan'.
Identiti pasangan terbabit bagaimanapun tidak didedahkan.
Tindakan Dr Pitipong itu mendapat reaksi pelbagai daripada netizen yang memujinya atas peringatan agar masyarakat lebih berhati-hati ketika melakukan hubungan seks dengan pemakai pendakap gigi.
Tidak kurang juga yang menuduhnya sengaja mencipta sensasi untuk mendapatkan perhatian dan mempromosikan klinik giginya.
Topic Berkaitan
#cedera
#lelaki
#pendakap gigi
#seks
#Thailand
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan