Permainan video dan e-sukan boleh dilihat sebagai satu aktiviti yang mampu mengisi masa lapang. Ia juga amat sesuai untuk setiap lapisan umur.
Namun begitu, ketagihan terhadap aktiviti ini, baik dalam kalangan kanak-kanak mahu pun golongan dewasa, merupakan satu isu yang sangat kritikal.
Perunding Kesihatan Mental Pusat Pakar Psikologi Jiwadamai, Aiman Amri, berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memandang serius isu yang dinamakan 'gaming disorder' ini, yang dilihat dalam kategori ketagihan yang lain.
Menurut Aiman, kehidupan sosial mereka yang taksub bermain permainan video ini amat merisaukan kerana mereka kurang bergaul dengan dunia luar.
"Jika kita melihat dari segi orang yang bermain permainan video, antara yang merisaukan kita ialah, apabila melihat bagaimana kehidupan mereka (pemain) di luar.
"Ada kajian yang menunjukkan, antara ciri-ciri pemain video ini ialah kecenderungan melakukan tingkah laku ganas, kekurangan empati, desensitisasi dengan tindakan ganas dan kurang perasaan untuk membantu orang lain,” katanya.
Selain itu, katanya, terdapat kajian yang menunjukkan sesiapa yang bermain permaianan Grand Theft Auto (GTA) dakwanya, mempunyai kecenderungan untuk memiliki sifat keganasan.
"Mereka akan melihat sesuatu keganasan sebagai perkara biasa kerana dari permainan tersebut ia mengajar pemain untuk menentang komuniti," kata Aiman.
BACA : Kalah permainan video, remaja nekad penggal kepala dengan gergaji
Aiman akan menyampaikan hujahnya dalam program Debat Awani di saluran 501 Astro AWANI mengulas tajuk 'E-sukan: Kebaikan dan keburukan - Adakah ia perlu diberi kebebasan atau dikawal selia?' yang akan bersiaran jam 5.30 petang Ahad ini.
Asyraf Roslan
Sat Dec 15 2018

Pertubuhan Kesihatan Sedunia meletakkan Gaming Disorder sebagai satu isu yang kritikal. - Astro AWANI
AWANI Borneo [3/12/2023] - Gempa bumi Mindanao | Misi PRU-17 Warisan | Destinasi pelancongan Sarawak
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar;
1. JBPM Sabah terus pantau impak gegaran di Filipina
2. Warisan yakin mampu kembali terajui Sabah pada PRN17
3. Kampung Telaga Air bakal berubah wajah tiga tahun lagi
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com.
1. JBPM Sabah terus pantau impak gegaran di Filipina
2. Warisan yakin mampu kembali terajui Sabah pada PRN17
3. Kampung Telaga Air bakal berubah wajah tiga tahun lagi
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com.
AWANI Ringkas: Gunung Marapi meletus
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tumpuan Isnin - 04 Disember 2023
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Warisan yakin kembai terajui Sabah pada PRN-17
Timbalan Presiden Warisan Datuk Darrel Leiking yakin parti itu mampu kembali menerajui kerajaan negeri Sabah berdasarkan semangat tanpa mengira kaum yang menjadi kekuatan akar umbi parti itu.

Mangsa banjir di Kelantan terus meningkat malam ini
Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 4,398 orang daripada 1,405 keluarga setakat 9 malam ini, berbanding 2,632 orang daripada 799 keluarga pagi tadi.

Timbalan Perdana Menteri Timor-Leste tiba untuk lawatan kerja empat hari
Timbalan Perdana Menteri Timor-Leste Francisco Kalbuadi Lay tiba hari ini untuk lawatan kerja empat hari ke Malaysia.

Gunung Marapi di Sumatera Barat meletus, muntahkan abu sejauh 3km
Gunung Marapi, gunung berapi paling aktif di Pulau Sumatera, meletus pada 2.54 petang (waktu tempatan) hari Ahad.
AWANI Ringkas: Bekas menteri kesihatan meninggal dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI 7:45 [3/12/2023] - Banjir di Kelantan memburuk | Tekanan kepada negara maju menyumbang | Pelaksanaan IDN berbeza | Mangsa maut masih di bawah runtuhan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Luqman Hariz;
Digital ID tidak rakam cap jari, iris pengguna, kerajaan jamin data selamat
Banjir di Kelantan memburuk, mangsa di PPS lepasi 4,000
Lebih 60 peratus kediaman di gaza musnah dibedil zionis sejak 7 Oktober
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro Awani, Astro Awani apps dan astroawani.com/live-tv.
Digital ID tidak rakam cap jari, iris pengguna, kerajaan jamin data selamat
Banjir di Kelantan memburuk, mangsa di PPS lepasi 4,000
Lebih 60 peratus kediaman di gaza musnah dibedil zionis sejak 7 Oktober
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro Awani, Astro Awani apps dan astroawani.com/live-tv.

BNM, Bank Dunia umum inisiatif untuk sokong hasil positif alam semulajadi
Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank Dunia hari ini mengumumkan dua inisiatif utama untuk membolehkan sektor kewangan menyokong hasil positif semula jadi.

Penggiat e-sukan masih belum terima sebarang bantuan dari KBS
Bantuan itu sepatutnya digunakan bagi sesi kelayakan untuk mencari atlet sulung bagi mewakili negara bagi kategori sukan elektronik di Sukan SEA 2019 di Manila.

Awasi ketagihan permainan video, boleh mendorong keganasan
Namun begitu, ketagihan terhadap aktiviti ini, baik dalam kalangan kanak-kanak mahu pun golongan dewasa, merupakan satu isu yang sangat kritikal.

Masyarakat masih keliru antara e-sukan dan permainan video
Kekeliruan mengenai e-sport dan permainan video ini merupakan satu salah faham yang sangat besar terutamanya dalam kalangan masyarakat Malaysia