MEREKA yang sudah melengkapkan dua dos vaksin COVID-19 pastinya sedang mula merancang dan membuat tempahan awal bagi tujuan percutian, bersantai dan merehatkan minda.

Ini setelah kerajaan baru-baru ini mengumumkan pembukaan beberapa lokasi pelancongan menerusi Pelan Pemulihan Negara.

Makanya tempat penginapan termasuk Airbnb bakal kembali rancak dan sedikit sebanyak memberi nafas kepada industri pelancongan domestik.

Dan biasanya Airbnb atau inap desa tidak menyediakan sajian makan pagi, sebaliknya anda sendiri perlu masak kerana terdapat fasiliti seperti dapur disediakan.

Untuk artikel kali ini kami cadangkan kepada anda bagaimana eat well & spend less ketika cuti inap (staycation) - Edisi snek. Teruskan baca sambil menyiram pokok Ficus Lyrata kesayangan anda!


Mulakan dengan pagi yang sihat

Cukuplah dengan yogurt, separuh cawan sukatan granola dan buah-buahan seperti beri biru, resberi serta strawberi untuk memulakan pagi yang ceria juga menyegarkan.

Pastikan anda memilih granola dengan jumlah gula tambahan paling sedikit dan yogurt rendah lemak.


Granola merupakan makanan yang sihat. Ia terdiri daripada oat, kacang, buah dikeringkan, madu atau pemanis lain serta sedikit minyak sebelum dibakar sehingga keperangan.

Namun pastikan anda memilih granola dengan jumlah gula tambahan paling sedikit dan yogurt rendah lemak. (Dapatkan kualiti granola di sini)


Overnight oat yang mengenyangkan!

Mungkin tidak ramai yang gemar dengan rasa yogurt, tidak mengapa… kami bagi cadangan kepada anda untuk menyediakan overnight oat.

Overnight oat boleh dikatakan sebagai menu gastronomi kerana anda boleh bereksperimentasi dengan gabungan bahan didalamnya.


Overnight oat adalah lebih umum kerana bahan yang dijadikan asas lebih kepada item kegemaran anda. Apa sahaja yang kena dengan selera anda, campurkan sahaja ke dalam gabungan susu segar dan oat segera itu.

Biarkan semalaman sebelum dihiasi dengan buah-buahan termasuk markisah dan tidak dilupakan taburan granola bagi memberikan rasa ranggup. (Dapatkan oat segera di sini)


Sapuan pada roti, gaya Malaysia

Roti dan sapuan buter kacang (butter nut spread) memang snek kombo rakyat Malaysia! Cicah pula dengan kopi o (Americano kalau gelaran lebih barat) memang boleh habis satu buku roti tanpa sedar!

Selain daripada sapuan kaya, pelbagaikan citarasa anda dengan sapuan buter kacang daripada Amazingrace!


Sambil duduk dibawah pokok redup di Pantai Cermin, Terengganu menunggu senja… rakamkan juga video untuk kandungan TikTok peribadi anda. (Dapatkan pilihan sapuan buter kacang di sini)


Manisan cip brownies

Antara kudapan paling umum dan semua orang makan ketika staycation adalah yang berasaskan koko. Tidak keterlaluan apabila kami labelkan brownies sebagai pemanis mulut kegemaran ramai.

Nikmati brownies cip untuk saat yang lebih santai dan menggembirakan.


Menjadikannya hidangan lebih kontemporari, kita inovasikan menjadi brownies cip dan mudah dipaketkan. Bolehlah kita menikmatinya sambil bermain Uno bersama rakan-rakan ketika waktu malam. (Dapatkan brownies cip di sini)


Diet kekacang

Kalau staycation memang kita cenderung untuk mencuba segala makanan tempatan dan jarang ditemui (hanya khusus ada di kawasan tertentu sahaja).

Jika tidak mahu rasa bersalah sangat setelah menikmati pelbagai makanan dengan kuantiti yang banyak, berikan sedikit permainan minda anda jika masih berasa lapar.

Dah banyak makan, kini kita mengunyah bagi mengalihkan minda daripada teruskan meminta makanan berat.


Biasakan mengunyah makanan yang kurang kalori seperti kekacang, sekurang-kurangnya minda tertipu dan berasa kenyang. (Dapatkan campuran kekacang di sini)

Nikmati pengalaman staycation bersama rakan-rakan mahupun pasangan atau keluarga anda, pastikan kekal menjaga SOP bagi mengekang penularan pandemik COVID-19. Stay safe people!


*Artikel ini mengandungi pautan afiliasi. Kami mungkin menerima komisen untuk pembelian produk yang dilakukan melalui pautan ini.

** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !