BOLEHKAH bayi minum air putih?
Sudah tentu boleh, namun ibu harus menunggu si manja mencapai usia yang disarankan atau terdapat risiko yang boleh dialami mereka.
Sehingga si manja mencapai usia enam bulan, minuman terbaik untuk diberikan adalah susu ibu atau susu formula – kedua-duanya mempunyai penghidratan dan nutrien yang diperlukan dalam tempoh awal kehidupan.
Walaupun selepas memperkenalkan makanan pejal apabila bayi mencecah usia enam hingga 12 bulan, susu ibu dan susu formula masih menjadi keutamaan berbanding air putih.
Namun pada tempoh ini, anda boleh mula memperkenalkannya kerana ia dapat membantu mencegah sembelit.
Jumlah air yang boleh diberikan adalah sekitar 4-8 auns sehari. Jika berlebihan ia boleh menyebabkan mabuk air (water intoxication).
Di samping itu, terlalu banyak air putih boleh menggantikan nutrisi berharga daripada susu ibu atau formula dan menyebabkan ketidakseimbangan elektrolit bayi.
Fahami risiko terlebih air
Bayi yang minum air dengan berlebihan adalah sangat berbahaya. Air boleh menyebabkan ketidakseimbangan paras natrium yang mengakibatkan:
Sawan
Kerosakan otak
Koma
Kematian
Water intoxication membawa kepada perubahan tingkah laku seperti:
Kekeliruan
Mengantuk
Kekejangan otot
Pening dan muntah
Kesukaran bernafas
Lemah
Penting untuk ibu ayah memerhatikan tanda-tanda jika bayi mengalami mabuk air dan melakukan pemeriksaan doktor dengan segera sekiranya mempunyai sebarang kebimbangan.
Cara memperkenalkan air kepada si manja
Kaedah terbaik untuk mengajar bayi minum air adalah melalui cawan atau menggunakan penyedut minuman (straw) – dapat membantu mengembangkan kemahiran minum si manja.
Percaya atau tidak, air sebenarnya merupakan antara cecair yang paling sukar untuk dipelajari teknik meminumnya.
Ini kerana air boleh mengalir dengan cepat, sekali gus memerlukan lidah dan otot menelan untuk bekerja dengan sangat cepat. Usah risau sekiranya si manja batuk-batuk kecil apabila baru belajar untuk minum air putih.
Amnya, kemahiran motor lisan yang diperlukan untuk minum air daripada cawan atau penyedut minuman adalah berbeza daripada pergerakan penyusuan susu ibu atau botol.
Jadi ia adalah normal apabila bayi mengalami batuk atau memuntahkan kembali air putih yang diminum. Keadaan ini akan berkurangan apabila kemahiran bayi minum air bertambah baik.
Namun, sekiranya batuk berterusan ketika bayi minum air putih walaupun selepas beberapa bulan masa latihan, berundinglah dengan pakar pediatrik.
Elakkan daripada menawarkan air putih di dalam botol. Ia boleh mengakibatkan pengambilan air terlalu banyak dan tidak memberikan manfaat kepada perkembangan kemahiran motor oral bayi.
Tanda bayi minum air secukupnya
Pertama sekali, anda harus ingat bahawa hampir 90% daripada susu ibu dan formula bayi (campuran standard) adalah air!
Anak berusia kurang daripada 12 bulan jarang memerlukan air tambahan.
Tetapi mengamal dan mengajar bayi minum air putih menggunakan cawan pada usia ini memberikan manfaat kepada perkembangan dan membantu mereka menyesuaikan diri dengan rasa cecair selain susu ibu atau formula.
Untuk mengetahui sama ada si manja mendapat air yang secukupnya adalah apabila mereka mempunyai antara 4-6 lampin basah dalam tempoh 24 jam.
Sekiranya anda bimbang bayi mengalami dehidrasi atau tampak terlalu dahaga, ia mungkin petanda wujud masalah kesihatan. Jadi lakukan pemeriksaan doktor segera!
Cara menggalakkan anak minum:
Tip terbaik untuk menggalakkan bayi minum air adalah dengan menunjukkan kepada mereka cara melakukannya. Jika bayi tidak berminat untuk belajar minum melalui cawan:
Cuba menuangkan air ke dalam cawan di hadapan bayi.
Ketuk meja untuk menarik perhatian bayi. Minum sendiri air daripada cawan bayi. Serahkan cawan kepada bayi di udara dan perhatikan sama ada dia mencapainya atau cuma bersandar.
Bagi anak yang lebih berusia, anda boleh ajar mereka menuang air daripada jag ke dalam cawan sendiri.
Lebih banyak anda memberikan kebebasan dan kawalan kepada anak, lebih cepat mereka akan meneroka, menyentuh dan berkemungkinan besar, minum air putih.
Anda juga boleh menambah potongan buah di dalam air atau daun pudina sebagai menambah rasa dan menjadikan ia lebih menarik untuk diminum.
Cara terakhir yang boleh anda cuba adalah dengan menawarkan air minuman anda. Ini kerana anak-anak biasanya akan lebih mudah tertarik untuk mencuba dan meminum air kepunyaan ibu dan ayah.
Anda boleh menawarkan antara 1-2 auns air di dalam cawan kecil untuk menggalakkan bayi minum air dengan sendiri. Bawa cawan tersebut hampir dengan si manja dan biarkan mereka mencapainya sendiri.
Artikel ini diterbitkan di portal Pa & Ma
Pa and Ma
Thu Jan 13 2022
Cara terakhir yang boleh anda cuba adalah dengan menawarkan air minuman anda. Ini kerana anak-anak biasanya akan lebih mudah tertarik untuk mencuba dan meminum air kepunyaan ibu dan ayah. - Gambar hiasan
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang catat peningkatan penumpang lima peratus pada Mac 2024
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) merekodkan pertambahan pergerakan penumpang sebanyak lima peratus, meningkat kepada 328,000 daripada 313,000 penumpang pada bulan sebelumnya.
[LAPOR LANGSUNG] Wajah semua mangsa sudah dikeluarkan TLDM
HRPB maklumkan bedah siasat mungkin selesai pada Rabu.
FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi
FINAS akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah SKSPS Perkeso dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Bahaya kalau bayi terlebih minum air masak? Ini sebabnya
Bolehkah bayi minum air putih? Sudah tentu boleh, namun ibu harus menunggu si manja mencapai usia yang disarankan atau terdapat risiko yang boleh dialami mereka.