KUCHING: Muzium Budaya Borneo (BCM) akan mengenakan harga tiket masuk harian bermula dari harga RM5 sehingga RM20 bagi pengunjung warganegara mulai 1 Ogos ini, kata Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.
Beliau berkata bayaran penggunaan fasiliti seperti auditorium dan bilik serba guna akan turut dikenakan dan cadangan untuk bayaran berkenaan adalah bagi menampung sebahagian daripada kos penyelenggaraan muzium itu.
"Untuk orang kurang upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tiket adalah percuma dan pengunjung OKU (berdokumen) dari luar negara juga percuma. Percuma juga buat pengunjung warganegara Malaysia berumur 12 tahun dan ke bawah.
"Sebanyak RM20 dikenakan bagi warganegara Malaysia bukan dari Sarawak dan RM10 dikenakan bagi dewasa berumur 18 hingga 60 tahun yang berasal dari Sarawak dan bukan warganegara pula RM50. Tiket pengunjung berusia 13 hingga 17 tahun dan mereka yang memiliki kad pelajar dari mana-mana institusi pengajian ialah RM5 bagi warganegara dan RM25 bagi bukan warganegara," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di BCM di sini, hari ini.
Abdul Karim berkata kategori berkumpulan seramai 10 orang ke atas atau kadar korporat berdaftar pula, bayaran bermula dari harga RM8 seorang, manakala tiket bagi lawatan tanpa had tahunan pula berharga RM100 bagi semua pengunjung.
Katanya harga tiket bagi warga emas berumur 61 tahun ke atas adalah RM5 bagi warga Sarawak, RM20 (bukan warga Sarawak) dan RM25 (antarabangsa).
Menurutnya kadar bayaran penggunaan fasiliti BCM adalah bermula dari RM100 untuk agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan, manakala RM200 bagi korporat.
Dalam pada itu, beliau berkata muzium ikonik serba baharu yang mula dibuka 9 Mac lepas menarik seramai 350,000 pengunjung tempatan dan luar setakat bulan ini, dengan anggaran 1,500 pengunjung sehari.
Abdul Karim turut memaklumkan sebuah muzium baharu di Limbang yang terletak di utara Sarawak bakal dirasmikan 4 Ogos ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 25 2022
Muzium Budaya Borneo (BCM) akan mengenakan harga tiket masuk harian bermula dari harga RM5 sehingga RM20 bagi pengunjung warganegara mulai 1 Ogos ini. - Facebook Sarawak Museum Complex
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Bayaran tiket masuk Muzium Budaya Borneo mulai 1 Ogos
Untuk orang kurang upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tiket adalah percuma.
Tarikan unik dan interaktif, Muzium Budaya Borneo bakal curi tumpuan pelancong
Antara tarikan utama Muzium Budaya Borneo adalah Floor of Desire, Painted Caves, Sarawak in Motion dan banyak lagi.