KOTA BHARU: Bak kata pepatah "lain padang lain belalang." Jika di negeri-negeri lain belalang mungkin hanya sejenis serangga liar di padang, tetapi di Kelantan serangga itu adalah sajian yang mempunyai peminatnya tersendiri, terutamanya apabila digoreng berempah atau disalut kunyit.
Permintaan tinggi terhadap makanan eksotik itu membuka peluang rezeki buat dua beradik Emi Zuhaida Husain, 35, dan adiknya Emi Zuhaika Husain, 25.
"Masih ramai yang tidak pernah menikmati belalang goreng, sebaik sahaja pelanggan jumpa promosi yang kami buat, penggemarnya mengakui makanan ini bukan sahaja eksotik, malah sedap, tetapi terlalu sukar ditemui.
"Ada pelanggan yang membeli untuk mencuba dan ada pula yang menghadiahkan kepada ibu bapa serta keluarga kerana makanan ini pernah menjadi kesukaan ramai suatu ketika dahulu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kok Lanas, di sini hari ini.
Menurut Emi Zuhaida belalang goreng sememangnya mendapat tempat di hati penggemar di negeri ini tetapi kini mereka turut mendapat tempahan dari Johor, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.
Emi Zuhaida, yang bekerja sebagai jururawat persendirian, berkata perniagaan itu yang dijalankan secara sampingan turut mengimbau kenangan belajar memasak belalang goreng daripada ibu mereka Mek Yah Hamat, 64, ketika mereka masih kecil.
"Belalang yang kami jual ini diperoleh dua hari sekali daripada pembekal yang memprosesnya di Pasir Puteh. Kami biasanya mengambil 15 hingga 20 botol dengan harga RM16 untuk 100 gram.
"Belalang goreng berempah paling mendapat tempat di hati penggemar kerana kelainan rasa rempah, lemak santan, manis, masin dan kerangupan menjadikan ia menu yang paling 'dirindui'," katanya yang turut dibantu suami, Badrul Othman, 47.
Sementara itu, Emi Zuhaika, seorang suri rumah, berkata ekoran meraih permintaan tinggi mereka kini melaksanakan jualan secara bayaran semasa penghantaran (COD).
"Antara lokasi liputan COD ialah di Kota Bharu, Kubang Kerian, Melor dan Kok Lanas, kebanyakan penggemar belalang goreng teruja sebaik sahaja produk ini sampai ke tangan mereka. Ada juga yang memberi respon ia sangat sedap dan diulang tempahan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 25 2021
Dua beradik, Emi Zuhaida Husain (kiri) dan Emi Zuhaika Husain menjual makanan eksotik belalang goreng siap masak secara kaedah pembayaran tunai ketika serahan (COD) kian mendapat permintaan tinggi. - Foto BERNAMA
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Belalang goreng berempah dapat permintaan tinggi
Permintaan tinggi terhadap makanan eksotik itu membuka peluang rezeki buat dua beradik Emi Zuhaida Husain dan adiknya Emi Zuhaika Husain.