Mohd Ali Ismail, atau Ali, bekas vokalis kumpulan XPDC meninggalkan kehidupan muzik rock yang penuh glamour untuk menjalani kehidupan yang boleh membantu beliau memahami erti kewujudan dirinya.
Vokalis terkenal itu kini memiliki pandangan hidup berbeza dan sentiasa kagum dengan nilai-nilai yang terdapat dalam ajaran Islam.
Ali bercakap kepada Bernama di majlis berbuka puasa di New Delhi baru-baru ini mengenai perubahan hidup serta usaha dakwahnya.
Beliau tidak kekok berkongsi makanan dengan lebih 100 orang yang kebanyakannya rakyat Malaysia, memberikan ceramah Ramadan serta beraksi apabila diminta bergambar.
Ditanya mengenai perubahan diri beliau, penyanyi berusia 50 tahun itu berkata menerusi dakwah mengenai ajaran yang dibawa oleh Islam telah memberikan ketenangan serta nilai dalam kehidupannya.
"Hidup saya menjadi lebih mudah, ada tumpuan dan saya berasa lebih tenang. Menyeru orang lain untuk mengenali agama Islam membuatkan saya berasa bahawa saya telah memenuhi kewajipan saya," katanya.
Adakah beliau berasa kehilangan apa-apa yang dinikmatinya ketika bergelar bintang muzik popular?
"Saya tidak pernah berasa kehilangan apa-apa. Ia harus menjadi matlamat kita sebagai umat Islam untuk menyebarkan keamanan, persaudaraan dan keharmonian dalam masyarakat. Saya melakukannya menerusi dakwah. Kejayaan sebenar dalam hidup datangnya selepas menjalankan perintah Allah dan menjauhi apa yang dilarang," kata Ali.
"Tidak kisahlah apa status kuasa atau jawatan kita, semuanya tidak berguna jika kita tidak hidup mengikut lunas-lunas Islam. Saya berpegang teguh kepada ungkapan 'Dunia Sementara, Akhirat Selamanya," katanya.
Ceramah Ramadan Ali diiringi nyanyian berunsur keagamaan, yang turut membuktikan bahawa kemahiran vokalnya tetap utuh.
Peminat setia beliau menyambut kehadirannya dengan tepukan gemuruh namun Ali lebih suka jika mereka menyertainya dalam melakukan usaha dakwah seperti yang dilakukannya pada masa ini.
"Saya mahu mereka mendengar mesej dakwah yang ingin saya sampaikan," katanya.
Empat lagi anggota kumpulan rock XPDC yang popular di Malaysia pada tahun 1990-an turut menyertai Ali berdakwah.
Ali sebelum ini pernah dikaitkan dengan sebuah lagi kumpulan rock yang dikenali sebagai Terra Rossa.
Ali berkata apa yang dilakukannya sekarang bukanlah hanya memberikan ceramah kepada orang lain sebaliknya berkongsi apa yang beliau tahu dan pada masa yang sama, belajar daripada ilmu orang lain.
Semangat ini telah membawa Ali ke India dan beliau berminat untuk mendalami Islam dengan bertemu orang yang berbeza.
"Apa jua kerja yang kita lakukan, adalah penting untuk mengingatkan diri kita bahawa kehidupan di dunia adalah sementara.
"Kita perlu mengikuti ajaran Islam dengan menyeru orang lain ke arah kebaikan dan mempelajari sunnah (cara Nabi Muhammad)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 21 2019
Ali, bekas vokalis kumpulan XPDC meninggalkan kehidupan muzik rock yang penuh glamour untuk menjalani kehidupan yang boleh membantu beliau memahami erti kewujudan dirinya. - Foto BERNAMA
TH anjur Kursus Perdana Haji bermula hari ini hingga 5 Mei 2024
Sepanjang kursus selama satu setengah hari ini, bakal-bakal haji akan melalui praktikal seperti bertawaf, sa'ie, melontar jamrah dan ibadat haji lain secara berkumpulan.
Jenazah Tun Hanif Omar dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara
Jenazah Tun Mohammed Hanif Omar akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
Wanita ditahan bantu siasatan kes simbah OKU dengan air panas
Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan kejadian seorang lelaki sindrom Down melecur pada bahagian badan disyaki akibat disimbah air panas ketika berada di dalam lif.
Kepimpinan MPN PKR Sabah: Tiada nama spesifik dibincangkan - Fahmi
Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil berkata tiada nama spesifik yang dibincangkan berkaitan kepimpinan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah.
Pemergian Tun Hanif kehilangan buat negara - Musa Hassan
Pemergian bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tun Mohammed Hanif Omar adalah satu kerugian buat negara.
Wanita maut, dua lelaki parah kereta langgar pokok
Seorang wanita maut, manakala dua lelaki cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di tepi jalan dalam kemalangan di Jalan Macalister awal hari ini.
Israel perlu waspada jika negara Asia Barat masuk campur
Israel seharusnya mengambil pengajaran daripada konflik dengan Iran supaya tindak bertindak sewenang-wenangnya mencabuli hak rakyat Islam, terutamanya Palestin.
AWANI Ringkas: PM: Isu PKR Sabah akan diselesaikan segera
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
DNB nafi dakwaan tidak telus dalam menjalankan operasi dalaman
Digital Nasional Bhd (DNB) dengan tegas menafikan dakwaan bertindak tidak telus dalam menjalankan operasi dalaman serta menolak sebarang gambaran negatif terhadap amalan tadbir urus dan perolehannya.
Adakah ia akan mencetuskan perang lebih besar & dahsyat di Asia Barat?
Prof. Dr. Mizan Mohammad Aslam, Jabatan Hubungan Antarabangsa, Keselamatan dan Undang-Undang
Ali XPDC sesak nafas, Exco bantu hantar ke Hospital Serdang
Ali XPDC dikejarkan ke Hospital Serdang selepas mengalami sesak nafas di kediamannya di Salak Tinggi, Sepang.
Anwar sampaikan sumbangan kepada Ali XPDC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada penyanyi kumpulan XPDC Mohd Ali Ismail yang menderita masalah paru-paru.
Lima rockers otai bergabung bantu Al-Muqwa
Ali XPDC, Ijam Medicine, Datuk Awie, Ady Wow dan Anjang Terra Rossa bersama Iwan Syahman, Kieran dan Faizal Ismail berkongsi pentas bagi membantu pihak pengurusan mengumpul dana.
Ali XPDC sedih tak dapat kerjakan ibadah umrah
Ekoran keadaan kesihatannya yang masih belum pulih sepenuhnya, Ali enggan menyusahkan pihak lain.
Sayu dengar bacaan solat, Ali ralat tidak dapat tunai umrah 10 malam terakhir Ramadan
"Setiap kali dengar laungan bacaan solat Tarawih di surau berdekatan pun jadi sayu."
Bergadai emas buat modal jual kerepek, Ali XPDC syukur diberi peluang kedua
Bergadai Emas Buat Modal Jual Kerepek, Ali XPDC Syukur Diberi Peluang Kedua - "Allah Dah Tarik Nikmat Suara ..."
Berdakwah tentang Islam beri ketenangan, serlah tujuan dalam hidup - bekas vokalis XPDC
Mohd Ali Ismail, atau Ali, bekas vokalis kumpulan XPDC meninggalkan kehidupan muzik rock yang penuh glamour untuk menjalani kehidupan yang boleh membantu beliau memahami erti kewujudan dirinya.
'Selepas dapat nasihat daripada ustaz, saya terima, kerana ingin berdakwah' - Ali XPDC
Setelah 9 tahun akhirnya XPDC kembali dengan buah tangan terbaharu.