awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
Penyerang masjid Christchurch gembira dilabel ‘pengganas’, cuba tarik balik pengakuan - Bekas peguam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Beri peluang pada anak autism tunjukkan bakat" - Adli Yahya

Gempak
Gempak
26/08/2018
03:08 MYT
"Beri peluang pada anak autism tunjukkan bakat" - Adli Yahya
Menurut Adli (kiri), anak autism ini memerlukan sokongan dan dorongan untuk berjaya sama seperti insan lain yang berada di luar sana.
PENGURUS Autism Cafe, Mohd Adli Yahya memohon pada orang ramai dan ibu bapa supaya memberi peluang kepada anak istimewa pengidap autisme untuk ketengahkan bakat yang ada.
Menurut Adli, anak autism ini memerlukan sokongan dan dorongan untuk berjaya sama seperti insan lain yang berada di luar sana.
“Sebenarnya orang ramai tak nampak bahawa anak autism ini mempunyai pelbagai kebolehan sama seperti orang lain.
“Mereka cuma tidak diberikan peluang untuk menonjol dan kadang-kadang ada ibu bapa yang terlalu mengongkong mereka ini.
“Ibu bapa yang ada anak autism ini harus sedar bahawa apa yang akan terjadi pada anak mereka jika mereka sudah tiada nanti.
“Jadi sebelum terlambat ibu bapa harus mengajar anak ini supaya berdikari dan dalam masa yang sama memberi sokongan serta galakkan dalam melakukan sesuatu,” katanya kepada Gempak.
Adli berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media pelancaran kempen [ I M ] Perfect, di Citta Mall, pada Sabtu.
Tambah Adli, kempen ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada anak autism ini menjual barangan buatan mereka sendiri dan dalam masa yang sama mengumpul dana untuk membeli sebuah kenderaan pacuan empat roda.
“Kempen ini dilakukan setiap bulan untuk memberi pendedahan pada anak-anak ini menjual hasil kerja mereka.
“Kami juga sedang mengumpul dana untuk membeli sebuah kenderaan bagi memudahkan mereka.
“Buat masa sekarang kami berjaya mengumpul dana sebanyak RM35,000 selama dua tahun,” ujarnya.
Kempen [ I M ] Perfect berlangsung selama dua hari mulai hari ini dan Ahad, di Citta Mall, mulai jam 10 pagi hingga 10 malam.
Pelbagai aktiviti menarik dan jualan diadakan di sana serta orang ramai berpeluang melakukan bidaan untuk membeli barangan buatan anak autism ini.
Topic Berkaitan
#anak
#anak autism
#Autism Cafe
#bakat
#pengidap autisme
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan