Semua bandar terkenal di dunia mempunyai tarikan unik dalam menengahkan imej serta dan identiti tersendiri bandar tersebut.
Meskipun ramai yang mengenali Kuala Lumpur melalui ikon Menara Berkembar Petronas dan sebagai destinasi beli-belah, namun tapak warisan yang sedia ada dan budaya hidup Kuala Lumpur juga dilihat berpotensi untuk dijadikan produk pelancongan yang kaya dengan sejarah, warisan dan budaya bandar.
Selaras dengan pengenalan penjenamaan Bandaraya Kuala Lumpur baru-baru ini - City of Contrasts & Diversity serta selaras dengan Pelan Induk Pelancongan KL 2015-2025: Inisiatif 1.2 - Membangun dan mempelbagaikan jejak warisan dan produk; Biro Pelancongan Kuala Lumpur telah memperkenalkan strategi intervensi dengan memberi tumpuan kepada pembangunan produk pelancongan secara kreatif.
Ini termasuk penggunaan zon warisan Kuala Lumpur sedia ada dan mendokumentasikan cerita-cerita warisan bagi memenuhi permintaan pelancong.
Di bawah inisiatif ini; empat laluan Jejak Warisan, Kebudayaan dan Alam berpemandu pelancong telah direka secara kreatif oleh Biro Pelancongan Kuala Lumpur (KLTB).
KLTB juga telah memilih pemandu pelancong yang mempunyai pengalaman cemerlang sebagai pencerita untuk setiap laluan.
Pemandu pelancong yang terlibat telah dipilih berdasarkan kepada keupayaan mereka untuk meyakinkan dan melibatkan pelancong dari segi intelektual serta emosi dengan Kuala Lumpur sekali gus memberikan pengalaman lawatan secara peribadi, relevan, bermakna dan dapat memberi kenangan tersendiri kepada pelancong.
PENGENALAN 4 LALUAN PERCUMA BERPEMANDU PELANCONG
Biro Pelancongan Kuala Lumpur telah memperkenalkan empat laluan jejak warisan berpemandu secara percuma iaitu:
• Kuala Lumpur Guided Heritage Trail Walk
• The Walk Old KL & Nature Guided Walk
• Jalan-jalan Di Kampong Bharu Culture Walk
• Kuala Lumpur Heritage Guided Night Walk
Menurut Pengurus Besar Biro Pelancongan Kuala Lumpur, Noraza Yusof, menerusi laluan jejak warisan berserta informasi yang disediakan, ia dapat menyumbang ke arah pendidikan yang berpanjangan.
Kepelbagaian budaya, warisan dan khazanah sejarah tersembunyi dapat diserlahkan kepada pelancong secara interaktif dan konsisten sekali gus memberikan pengalaman yang menarik.
Pada tahun 2013, Biro Pelancongan Kuala Lumpur mula memperkenalkan laluan jejak warisan - Dataran Merdeka Heritage Walk dan laluan ini telah dianugerahkan penarafan cemerlang 5 bintang manakala jejak budaya Jalan-Jalan di Kampong Bahru turut menerima penarafan 5 bintang; kedua-duanya pengiktirafan ini adalah dari TripAdvisor, sebuah portal pelancongan sangat berpengaruh di dunia.
Sehingga kini KLTB telah memperkenalkan empat laluan jejak warisan berpemandu kepada pelancong .
Sejak diperkenalkan, 8,000 pelancong berdaftar telah mengambil bahagian, dengan pecahan 70 peratus pelancong asing dan 30 peratus pelancong tempatan.
"Kami berharap para pelancong akan berkongsi dan menyampaikan pengalaman mereka menyertai jejak warisan dan budaya kepada pelancong lain yang bercadang untuk bercuti di Kuala Lumpur sama ada melalui mulut ke mulut atau di media sosial," kata Noraza.
Beliau turut percaya bahawa komunikasi bukan komersial sangat berkesan serta mampu mempengaruhi pelancong yang berpotensi dan membantu perancangan komunikasi sedia ada KLTB.
Sempena sambutan bulan kemerdekaan, Biro Pelancongan Kuala Lumpur telah menganjurkan Kuala Lumpur Heritage Guided Night Walk bagi memberikan peluang kepada wakil media untuk menghayati pengalaman mengikuti laluan tersebut.
Jejak warisan ini ditawarkan kepada pelancong pada setiap hari Sabtu pada jam 7 malam dengan tempat permulaan di Arch Cafe merangkumi laluan bersejarah Old Market Square di Jalan Lebuh Pasar, Masjid Jamek, Bazar Masjid India, Bazar Jalan Tuanku Abdul Rahman, Coliseum Cafe, Dataran Merdeka dan Panggung Bandaraya.
Jejak warisan ini menggabungkan penceritaan warisan sejarah bangunan yang turut dihiasi dengan sistem pencahayaan bangunan yang moden,
Masjid Jamek dan kisah pertemuan dua sungai, budaya dan kemeriahan pasar malam di Jalan Tuanku Abdul Rahman, kafe warisan - Coliseum, teater MUD dan berakhir di Dataran Merdeka di mana pelancong akan mempunyai peluang untuk bersama-sama warga Kuala Lumpur di padang tersebut.
Astro Awani
Wed Aug 24 2016
KLTB juga telah memilih pemandu pelancong yang mempunyai pengalaman cemerlang sebagai pencerita untuk setiap laluan. - Foto KLTB
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Berjalan kaki di Kuala Lumpur sambil dalami budaya dan sejarah
Empat laluan Jejak Warisan, Kebudayaan dan Alam berpemandu pelancong telah direka secara kreatif oleh Biro Pelancongan Kuala Lumpur (KLTB).