SEORANG warga Singapura, Terence Ho mendakwa berjaya menangkap kesemua watak Pokemon selepas 10 hari bermain permainan Pokemon GO.
Namun, isu timbul apabila Ho didakwa tidak mempratikkan cara yang betul untuk menangkap kesemua 145 watak Pokemon tersebut.
Ho dikatakan akan meminta rakannya yang menemui mana-mana watak Pokemon untuk menangkapnya, menggunakan akaun miliknya.
Ini berbeza dengan apa yang biasa dilakukan oleh pemain-pemain yang lain di mana mereka perlu mengejar watak-watak Pokemon di serata tempat jika ingin menangkapnya.
Melalui cara ini, Ho berjaya mendapatkan Kangaskhan, watak Pokemon yang hanya boleh didapati di Australia dan New Zealand.
Namun, memetik temuramah dengan The Straits Times, Ho berkata apa yang dilakukannya bukan satu bentuk penipuan, sebaliknya ia adalah 'teknik kreatif'.
Dalam status yang dimuat naik ke akaun Facebook, Ho berkata dia tidak gemar untuk terlalu fokus dan terikat kepada peraturan pertandingan.
Sebaliknya, melalui 'teknik' yang diamalkannya, dia bukan sahaja dapat menangkap semua Pokemon, tetapi juga dapat menjalin persahabatan.
Pokemon GO mula dilancarkan di Asia Tenggara kira-kira tiga minggu lalu.
Madiha Abdullah
Mon Aug 22 2016
Ada pihak mendakwa Ho tidak menggunakan cara yang betul untuk menangkap kesemua watak Pokemon itu.Foto/Facebook Terence Ho
AstraZeneca tarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, berbulan selepas sedar ada kesan sampingan
Vaksin itu tidak lagi boleh digunakan di EU selepas syarikat itu secara sukarela menarik balik "kebenaran pemasarannya."
Pembangunan pelajar perlu dinilai secara holistik
Keseluruhan pembangunan murid perlu dilihat secara holistik termasuk mengambil kira pencapaian dalam akademik, kokurikulum serta potensi dalam bidang lain.
KBS akan tambah baik infrastruktur sukan di Cameron Highlands
Kementerian Belia dan Sukan berhasrat untuk menambah baik infrastruktur sukan di Cameron Highlands bagi memberi sokongan kepada atlet di kawasan itu sehingga ke peringkat akar umbi.
Bekerja sambil lewa mengkhianati amanah - Mufti P. Pinang
Jika seseorang pegawai atau pekerja tidak bersungguh-sungguh menunaikan pekerjaannya atau bekerja sekadar "melepaskan batuk di tangga" sahaja maka dia dikira mengkhianati amanah.
Faisal Halim semakin stabil
Faisal selesai jalani pembedahan kedua yang berlangsung selama tiga jam petang semalam.
PM doakan Faisal Halim segera sembuh
Perdana Menteri titip doa agar Faisal dikurniakan afiyah sesegera mungkin dan kembali meneruskan perjuangannya dalam sukan bola sepak.
Tanam padi guna sistem air bawah tanah akan dilaksana atasi kesan kemarau
Kerajaan akan melaksanakan kaedah tanaman padi menggunakan sistem air bawah tanah sebagai persediaan menghadapi cuaca panas yang dijangka lebih buruk tahun hadapan.
Kempen 'RevUp and Register' perkasa penggunaan domain .my
MYNIC, melancarkan kempen 'RevUp and Register' bagi memperkasa pertumbuhan salah satu aset digital negara iaitu nama domain .MY.
59 projek pacu pembangunan pesisiran pantai Port Dickson - MB
Sebanyak 59 projek dicadang dilaksanakan bagi memacu pembangunan pesisiran pantai Port Dickson sekali gus menjadikan ia sebagai destinasi pelancongan antarabangsa.
Media arus perdana perlu tingkat kualiti, bersaing dengan wartawan segera
Peningkatan kualiti mustahak bagi memastikan media arus perdana terus menjadi sumber rujukan utama rakyat melibatkan pelbagai isu semasa.
Stadia: Platform permainan awanan Google
Permainan awanan atau cloud game ini menjadi antara yang pertama di dunia sejak kewujudan permainan konsol yang menyokong sambungan dalam talian.
Demam Pokemon GO: Lari dari amukan Pikachu!
Pereka kesan khas dari Amerika Syarikat jadikan Pokemon Go sebagai inspirasi drama pendeknya.
Berjaya tangkap semua watak Pokemon GO, warga Singapura nafi 'main tipu'
Melalui cara ini, Ho berjaya mendapatkan Kangaskhan, watak Pokemon yang hanya boleh didapati di Australia dan New Zealand.
Pokemon Go: Pasangan ditahan abai anak, jawab "apa-apa sajalah"
Ketika ditemui, kanak-kanak itu hanya mengenakan lampin dan kemeja T, dan sedang menangis dan cuba untuk memasuki rumah.
Pokemon Go! difatwakan haram di Arab Saudi
Permainan itu diklasifikasikan haram kerana mempunyai elemen perjudian.
Pelayan Pokemon Go! tergendala selepas dilancar di 26 buah negara
Terdapat juga dakwaan pihak tertentu yang mengaku bertanggungjawab menyebabkan gangguan.
Gadget Nation: Ulasan Nokia Lumia 1020
Gadget nation minggu ini membincangkan tentang pelbagai topic menarik termasuk ulasan tentang Nokia Lumia 1020.