awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
15 maut dalam perlanggaran kapal Pengawal Pantai Greece dengan bot migran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Bersyukurlah sekolah asrama tidak hasilkan generasi sombong' - Cikgu Emmet

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
08/03/2016
13:16 MYT
'Bersyukurlah sekolah asrama tidak hasilkan generasi sombong' - Cikgu Emmet
Kisah Cynthia itu diharap dapat menjadi pengajaran buat mereka yang dilahirkan dalam kesenangan. Foto/Facebook Bila Cikgu Emmet Menulis
NAMPAKNYA isu adik kepada pengacara dan pelakon, Neelofa mengkritik sekolah kerajaan masih menjadi perbualan, biarpun empunya diri sudah pun memohon maaf.
Dalam kalangan pendidik, khususnya di sekolah kerajaan, apa yang diutarakan Nur Ameera itu memberi bekas yang bukan sedikit.
Seorang guru, melalui akaun Facebook 'Bila Cikgu Emmet Menulis', meminta Ameera mendalami kisah seorang kanak-kanak yang juga muridnya, yang bernama Cynthia Mili.
Nama dia Cynthia Mili. Baru berumur 7 tahun. Tinggal di asrama. Kecil tubuhnya. Saya melihat dia dari jauh. Mula mula...
Posted by Bila Cikgu Emmet menulis on
Mungkin kerana latar belakang kehidupan, Cynthia, dan kebanyakan murid di pedalaman Sarawak, sudah belajar mengenal erti hidup seawal usia tujuh tahun lagi.
Dalam usia yang masih hijau, cerita Cikgu Emmet, mereka mengurus diri sendiri, saling bergantung dan percaya satu sama lain.
Kualiti yang dimiliki itu tentunya akan terus dibawa dan akan membentuk mereka menjadi individu yang berani, rajin dan tidak menyusahkan orang lain apabila dewasa kelak.
Kisah Cynthia itu diharap dapat menjadi pengajaran buat mereka yang dilahirkan dalam kesenangan, agar sentiasa bersyukur dan merendah diri.
Status Cikgu Emmet itu kini sudah mencatat 12,000 likes dan lebih 4,000 perkongsian.
Topic Berkaitan
#adik Neelofa
#Ameera
#Neelofa
#sekolah kerajaan
#sekolah swasta
#viral
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan