awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Black yang baik, be happy' - Kisah sayu siswi selamatkan anjing jalanan

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
07/03/2016
12:23 MYT
'Black yang baik, be happy' - Kisah sayu siswi selamatkan anjing jalanan
Cerita Siti Hajar, Black baik dan tidak pernah mengganggu mereka yang lalu lalang dan tidak pernah menyalak sesiapa.Foto/Facebook Siti Hajar AJ
PEGANGAN agama dan amalan budaya bukan penghalang buat seorang gadis muda membantu makhluk lain yang memerlukan pertolongan.
Seorang pengguna Facebook dengan nama Siti Hajar AJ, berkongsi pengalamannya membantu seekor anjing liar yang ditemuinya di jalanan.
Cerita Siti Hajar, anjing itu ditemuinya berkeliaran dan mendapatkan perlindungan di sekitar beberapa kawasan di dalam kampus Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai.
4.3.2016 - Jumaat yang sgt bermakna bagi aku & Black.Seekor anjing sesat yang tumpang berteduh tidur dekat toilet dan...
Posted by Siti Hajar AJ on
Tambah Siti Hajar, biarpun liar dan takutkan manusia, anjing yang diberi nama Black itu baik, tidak pernah mengganggu mereka yang lalu lalang dan tidak pernah menyalak pada sesiapa.
Siti Hajar hanya mampu membantu dengan cara memberi makanan, namun ia kemudiannya menjadi satu jalinan 'persahabatan' dan Black mula memberi respon yang baik kepadanya.
Apabila mendapat tahu tentang kejadian anjing ditembak di dalam kawasan UTM, Siti Hajar tahu dia perlu melakukan lebih lagi, iaitu menyelamatkan Black dengan membawanya keluar dari kawasan itu.
Please
Iklan yang diletakkan Siti Hajar di sebuah grup Facebook akhirnya menerima jawapan positif, dan Black selamat diambil oleh seorang lelaki dengan nama En.Ming.
Di akhir statusnya, Siti Hajar sempat berpesan agar masyarakat membuka hati untuk menerima dan membantu anjing terutamanya yang memerlukan perhatian istimewa.
Status Siti Hajar itu mendapat perhatian dengan lebih 1,000 perkongsian setakat ini.
Topic Berkaitan
#anjing liar
#Facebook
#haiwan jalanan
#viral
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan