awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BMW Malaysia memperkenalkan BMW Z4 baru

Astro Awani
Astro Awani
16/05/2013
13:08 MYT
BMW Malaysia memperkenalkan BMW Z4 baru
Kumpulan BMW Malaysia melancarkan BMW Z4 sDrive20i dan BMW Z4 sDrive28i M Sport - lelaran terbaru BMW Z4 di negara ini hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BMW Malaysia Dr Gerhard Pils berkata BMW Z4 yang baru menjadi tumpuan selepas 25 tahun BMW Z1 mula diperkenalkan.
"BMW Z4 telah pasti menjadi pencetus keseronokan sewaktu memandu BMW, dan kini kenderaan yang telah berjaya itu menjadi lebih diingini dan menarik kepada pelanggan kami.
"Bonet yang luas, jarak roda yang panjang, tali pinggang keledar yang lebih rendah memainkan peranan yang lebih jelas dan tanpa kompromi dalam membentuk penampilannya daripada pesaingnya," kata Pils.
BMW Z4 juga dilengkapi dengan teknologi terkini untuk memastikan pemandu sentiasa diingatkan tentang keadaan kenderaan.
Pilihan BMW Connected Drive membolehkan penggunaan maklumat berasaskan internet dan perkhidmatan hiburan di dalam kereta seperti stesen radio web, Facebook dan Twitter melalui BMW Apps yang disediakan untuk pengguna Apple iPhone.
Ciri-ciri tersebut termasuk resolusi tinggi yang lengkap dengan peta grafik 3D Sistem Navigasi Profesional BMW, sistem Bluetooth, dan iDrive dengan kawalan paparan, USB / sambungan audio dan BMW TeleServices untuk pelbagai jenis hiburan, infotainment dan pilihan komunikasi lain.
BMW Z4 boleh didapati di semua pengedar sah BMW seluruh Malaysia mulai 16 Mei.
Harga runcit di jalan raya tanpa insurans, termasuk Perkhidmatan BMW dan Pembaikan (BS + RI) untuk BMW Z4 sDrive20i adalah RM359,800.00 manakala BMW Z4 sDrive28i M Sport adalalah RM489,800.00.
Topic Berkaitan
#baru
#BMW
#keseronokan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan