awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
ACLE: JDT kecundang di Jepun, laluan ke pusingan kalah mati sukar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bosch tawar kelengkapan rumah berinovasi, penuhi keperluan penggemar makanan

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
26/05/2022
00:45 MYT
Bosch tawar kelengkapan rumah berinovasi, penuhi keperluan penggemar makanan
Chef selebriti, Datuk Zamzani Abdul Wahab atau Chef Zam turut hadir pada majlis pelancaran Pusat Pengalaman Bosch. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Industri peralatan rumah mula menunjukkan pertumbuhan yang positif selepas aktiviti ekonomi mula beroperasi seperti biasa.
Perkara ini disambut beberapa pemain industri yang mengukuhkan pasaran dengan tawaran produk berinovasi dengan mengambil kira kesan ke atas alam sekitar.
Menyambut baik inisiatif teknologi hijau, BSH Home Appliances Sdn Bhd telah melancarkan rangkaian peralatan penyediaan makanan Bosch.
Jenama Jerman terkemuka itu mempamerkan rangkaian mesin dapur, pemproses makanan serta pengisar tangan yang dicipta bagi memenuhi keperluan gaya hidup penggemar makanan.
"Kami teruja untuk mempamerkan Pusat Pengalaman Bosch yang baru diubah suai dan mengumumkan pelancaran rasmi rangkaian peralatan penyediaan makanan kami, ini termasuk rangkaian pemproses makanan dan mesin dapur.
"Aktiviti ekonomi telah diteruskan seperti biasa, kami menjangkakan pertumbuhan positif dalam industri kelengkapan rumah.
"Sebagai jenama peralatan rumah premium terkemuka, kami akan mengukuhkan pasaran dan terus membawa lebih banyak inovasi produk kepada rakyat Malaysia," kata Gary Te, Ketua Pegawai Eksekutif BSH Home Appliances Sdn Bhd.
Beliau ditemui pada majlis pelancaran Pusat Pengalaman Bosch yang baharu diubah suai di Galeri Beli-Belah Publika, pada Rabu.
Dengan teknologi ‘dicipta untuk seumur hidup’, Bosch memastikan produk, perkhidmatan dan pengeluaran mereka menyumbang kepada pembangunan yang mampan, merebut peluang untuk menambah baik produk bagi meningkatkan kualiti hidup.
Peralatan Rumah | Bosch tawar produk berinovasi mesra alam
Topic Berkaitan
#Bosch
#kelengkapan rumah
#dapur
#makanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan