Umat Islam disaran sentiasa berbuat amal baik bukan untuk disanjung dan dikenang tetapi atas matlamat mendapat ganjaran di akhirat kelak.
Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata justeru seseorang yang banyak menabur bakti dengan pelbagai amalan baik jangan kecewa jika segala jasa dan sumbangan mereka cepat dilupai.
"Apa yang penting setiap amalan baik yang diberi adalah ikhlas dan ganjaran paling besar adalah pahala di sisi Allah SWT setelah kita meninggal dunia kelak," ujar beliau.
Mohd Asri menyatakan demikian semasa menyampaikan ceramah mingguannya di Masjid Alwi di sini malam tadi.
Oleh itu beliau menasihatkan mereka yang berkemampuan supaya jangan patah semangat untuk memberi sumbangan bakti kepada mereka yang memerlukan daripada rezeki yang mereka perolehi.
Menurut Asri seseorang yang dilimpahi rezeki banyak dan hidup kaya raya tidak menjamin mereka akan melalui kehidupan dengan sempurna segalanya.
Ada di antara mereka terpaksa berpantang makan kerana mengidap berbagai jenis penyakit, ada yang menghadapi masalah keluarga dan pelbagai masalah lagi menyebabkan hidupan harian mereka tidak tenteram.
"Justeru pergunakanlah rezeki yang diperolehi untuk membuat amal bakti semoga mendapat ketenangan dan setiap amal baik yang dilakukan jangan sama sekali mengharap untuk dipuji dan dikenang," tegasnya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 11 2019
Mohd Asri menasihatkan mereka yang berkemampuan supaya jangan patah semangat untuk memberi sumbangan bakti kepada mereka yang memerlukan daripada rezeki yang mereka perolehi. - Gambar fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Aidiladha: Hayati nilai pengorbanan, ketaatan dan kebersamaan dalam beribadah - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata Aidiladha yang akan disambut oleh umat Islam esok bukan sekadar perayaan sebaliknya hari untuk menghayati nilai-nilai pengorbanan.
Dia banyak muat naik status berkenaan akhirat - Bapa
Menurut bapa mangsa, Mohd Radhi Kamaruddin, 49 tahun, anaknya berada di tebing sungai ketika melihat kelibat dua rakannya hampir lemas.
Buat amal jangan harap disanjung tetapi untuk ganjaran di akhirat - Mufti
Seseorang yang banyak menabur bakti dengan pelbagai amalan baik jangan kecewa jika segala jasa dan sumbangan mereka cepat dilupai.
"Akhirat nanti tak ditanya nama setiap anggota BTS" - Alif Satar
Berpada-padalah kalau meminati artis sekalipun...
'Selepas dapat nasihat daripada ustaz, saya terima, kerana ingin berdakwah' - Ali XPDC
Setelah 9 tahun akhirnya XPDC kembali dengan buah tangan terbaharu.
Mohd Shukri diminta ingat kembali ucapannya
Zamil berkata, Mohd Shukri ketika itu meminta anggota SPRM agar menjalankan tugas dengan baik kerana bakal disoal di akhirat.
Umat Islam perlu hayati toleransi agama - TPM
Toleransi agama perlu dihayati dan diterapkan dalam kalangan umat Islam agar agama itu tidak dipandang serong, dicurigai atau ditakuti umat manusia, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.