YA, ANDA tidak keseorangan.
Ramai di antara kita sebenarnya sudah mula menunjukkan simptom ‘burnt out’ dari segi mental.
Kita sudah lebih setahun berdepan dengan pandemik COVID-19 dan majoriti masa tersebut kita terpaksa duduk di rumah atau harus patuh dengan Perintah Kawalan Pergerakan.
Apatah lagi melihatkan jumlah kes yang agak menggila sekarang pastinya ramai rasa ‘down' dan tiada motivasi untuk melakukan pelbagai jenis perkara.
Dan ini termasuklah senaman.
‘Burnt out’ boleh menyebabkan kita seakan rasa putus asa dan malas melakukan perkara-perkara yang sudah menjadi rutin seperti bersenam.
Apabila kita kurang bersenam, kondisi ini pula boleh menjejaskan kesihatan. Ia akan jadi lebih teruk jika pemakanan dan diet harian juga tidak dijaga.
Manakala bagi mereka yang bergelut dan putus punca pendapatan ia lebih menyukarkan.
Selain baik untuk kesihatan fizikal, melakukan senaman juga banyak memberikan faedah kepada kesihatan mental.
Kali ini, MASKULIN ingin kongsi bagaimana anda boleh meningkatkan motivasi diri untuk kembali bersenam.
Let’s go!
USAH TANGGUH
Pertama sekali, jauhi sikap bertangguh.
Ya, memang ramai akan jadi macam makin malas dan bertangguh untuk bersenam.
Cara paling mudah atasi masalah ini ialah terus lakukan! Jangan tangguh dan cakap “esok sajalah”. Lakukannya hari ini!
TULIS OBJEKTIF & SASARAN
Mengapa perlu anda tulis? Kebanyakan orang yang mula untuk menurunkan berat badan tidak punya fokus tertentu.
Apabila ditanya, mereka hanya akan mengatakan bahawa mereka ingin kekal sihat dan fit.
Hakikatnya, jika anda menulis sebab mengapa anda ingin kurus atau berotot, contohnya seperti penat diejek dan dicaci, jika anda tampalkan goal anda itu di dalam ruang kamar anda dan lihat hari-hari, anda akan terus termotivasi dan anda tidak akan lari dari fokus.
JADUAL SENAMAN YANG BAIK
Tidak kira sejauh mana anda sibuk, anda harus terus plan jadual harian anda.
Makanan merupakan jadual yang harus anda utamakan sepanjang anda dalam program diet anda yang tersendiri.
Jadual senaman jangan pernah sekali ditinggalkan, dan jika anda terpaksa melalui minggu anda terpaksa ke luar negara atau mesyuarat yang tak sudah, maka anda perlu lihat balik jadual anda dan selitkan masa anda di gym jika berkesempatan.
MULA PERLAHAN-LAHAN
Jangan cuba untuk mencabar diri anda di awal diet. Contohnya seperti larian 1km walhal anda bukanlah seorang pelari. Ataupun anda mengangkat berat 20kg pada hari pertama anda masuk ke gym.
Itu akan membuatkan anda tidak mahu berkawan baik lagi dengan dunia kecergasan.
Mulakan dengan mudah bermakna anda perlu menapak dengan perlahan.
Jaga pemakanan anda terlebih dahulu, diikuti dengan senaman ringan setiap hari. Jangan terlalu obses dengan pencapaian.
Kuatkan stamina dan bagi badan anda selesa dengan kecergasan terlebih dahulu, baru anda dikira pro!
DISIPLIN DIRI
Paling penting, DISIPLIN! Segala point di atas tadi tidak akan tercapai jika anda tidak berdisiplin. Jadi, bangun pagi dan mulakan hari anda dengan dengan awal. Barulah badan anda akan sentiasa cergas dan bermotivasi.
Semoga anda terus bersemangat untuk bersenam dan hadapi hari-hari yang mencabar di masa akan datang. Teruskan duduk di rumah, keluar hanya perlu sahaja. Paling penting dapatkan vaksin anda.
Kita jaga kita!
Artikel asal di Maskulin.
Maskulin
Tue Jul 20 2021
Selain baik untuk kesihatan fizikal, melakukan senaman juga banyak memberikan faedah kepada kesihatan mental. -Foto freepik.com
Piala AMEC: Persatuan Bola Sepak Thailand tampung kos penyokong Malaysia cedera dipukul
PENYOKONG Malaysia yang tercedera akibat dipukul oleh penyokong tuan rumah di Stadium Rajamangala, Bangkok malam tadi, mendapat perhatian segera daripada Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT).
Tengku Zafrul akan perjelas spekulasi sertai PKR dalam masa terdekat
Tengku Zafrul akan membuat kenyataan berhubung khabar angin penyertaannya ke PKR dalam masa terdekat.
'Jangan ada sikap kawan makan kawan' - Puteri UMNO
Amal turut menyeru pemimpin masa kini mewarisi contoh terbaik kepada generasi baharu hari ini.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Institut Sukan Negara (ISN) akan memperkasa program penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan tumpuan khusus kepada sukan berpotensi tinggi di Sukan Olimpik Los Angeles 2028 menggunakan peru
Donald Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Jawatan itu dijangka akan memacu dasar-dasar terhadap beberapa musuh AS termasuk Korea Utara.
Turkiye tegaskan dukungan ke atas Syria pasca konflik
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan memberi jaminan bahawa Turkiye akan terus berdiri bersama rakyat Syria dalam proses pemulihan dan pembinaan semula negara itu.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Syria fokus pemulihan, tolak konflik baharu dengan Israel
Pemimpin de facto Syria, Ahmad al-Sharaa, pada Sabtu menyatakan bahawa Israel menggunakan alasan palsu untuk mengesahkan serangan terhadap Syria.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Piala AMEC: Ekor Harimau diancam penyokong lawan di Stadium Rajamangala akibat provokasi
Situasi tegang itu berpunca daripada kedua-dua pihak yang saling berbalas provokasi tetapi keadaan itu terkawal.
Bayi lelaki berbalut kain ditemui dalam semak belakang surau di Manjung
Siasatan pihak polis mendapati bayi lelaki tersebut ditinggalkan dalam semak dan berbalut dengan kain.
‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.
Penduduk Cuba bergelap, kerajaan berdepan masalah kurang bahan api
Penduduk di Cuba terpaksa bergelap apabila separuh daripada kepulauan itu mengalami gangguan bekalan elektrik akibat kekurangan bahan api dan kegagalan infrastruktur.
Cuba pecat Menteri Ekonomi, Alejandro Gil
Presiden Cuba memecat Menteri Ekonomi ketika kontroversi terus meluas berhubung penangguhan langkah-langkah yang baru diumumkan untuk menaikkan harga bahan api.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selit babak seks dalam novel, Menteri Kewangan Perancis dikritik hebat
Ramai mempersoal menteri itu yang memiliki banyak masa untuk menulis novel, selain dianggap tidak sensitif terhadap krisis semasa.
Kucing lompat atas imam ketika solat tarawih jadi bualan dunia
Rakaman memaparkan seekor kucing melompat ke atas seorang imam ketika solat terawih mencuri tumpuan netizen seluruh dunia sejak semalam.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Protes di Peru ragut 53 nyawa
Kebakaran yang dicetuskan oleh penunjuk perasaan turut mengakibatkan bangunan bersejarah berdekatan dengan Plaza San Martin musnah.
Presiden Peru, Pedro Castillo ditahan selepas umum bubar Kongres
Presiden Peru Pedro Castillo ditahan pada Rabu, beberapa jam selepas beliau mengumumkan pembubaran sementara Kongres.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.