Bulan Ramadan sedang berlangsung, dan cuti Raya akan menyusul. Tidak kira bangsa atau agama anda, kemungkinan besar anda sudah pun merancang untuk balik kampung atau pergi ke suatu tempat yang jauh untuk bercuti. Ini bermakna seperti orang lain, tiba masanya untuk risau tentang wang yang anda akan perlukan dalam sebulan dari sekarang.

Untuk kebaikan semua warga Malaysia, berikut adalah idea-idea yang biasa dan tidak biasa didengar yang anda boleh ambil untuk berjimat dalam beberapa minggu sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri.

1) Elakkan Makanan Yang Mahal

Warga Malaysia sukakan makanan dan biasanya sanggup untuk membayar lebih bagi kepuasan selera masing-masing. Tetapi semasa bulan Ramadan, ramai antara kita yang berbelanja lebih sehingga boleh dikatakan boros, kerana ingin memuaskan selera selepas sehari berpuasa, berserta pengaruh iklan oleh hotel-hotel lima bintang dan restoran-restoran mewah yang sering dipromosikan.

Walaupun ia tidak salah untuk berbuka puasa secara besar-besaran dengan rakan-rakan dan keluarga sekali sekala; bayangkan jumlah wang yang anda boleh jimatkan jika anda hanya membelanjakan RM10 untuk makanan bagi memuaskan rasa lapar anda, daripada buffet RM99++ seorang untuk perkara yang sama (kecuali dengan sudu garpu yang mahal dan persekitaran yang mewah). Makan di buffet dengan keluarga seramai lima orang, dan kemungkinan kos makan berbuka puasa adalah beberapa ratus ringgit, menyebabkan anda kehabisan duit poket!

Cara terbaik untuk menghalang diri anda daripada mudah terpengaruh dengan buffet berbuka puasa ialah dengan bertanya pada diri sendiri: adakah anda akan membayar untuk buffet yang sama jika ini bukan bulan Ramadan? Kemungkinan besar tidak.

Untuk keluarga besar, memasak masih cara yang terbaik untuk berjimat. Tetapi bagi warga kota yang sibuk berkerja, bazaar Ramadan ialah alternatif terbaik bagi anda sekeluarga berbelanja sederhana. Bagi RM99, anda hampir boleh buat kenduri kecil untuk diri sendiri!

2) Rancang Awal Perjalanan Pulang

Jika anda merancang untuk balik kampung dengan bas atau kapal terbang untuk cuti Raya yang akan datang, anda boleh menjimatkan wang jika anda rancang awal perjalanan pulang anda.

Untuk bas, ambil perhatian yang syarikat-syarikat bas Malaysia pada ketika ini meminta harga tiket dinaikkan sebanyak 30%. Dapatkan tiket bas balik kampung anda sekarang, dan anda boleh elakkan kenaikan harga SERTA berasa lega yang perjalanan pulang anda sudah pun dirancang. Yang paling penting, tiada kemungkinan untuk anda terpaksa membeli daripada “ulat tiket” yang sering menjadikan individu-individu yang terdesak untuk balik kampung (kerana merancang di saat-saat akhir) sebagai sasaran.

Jika anda akan pulang dengan menaiki kapal terbang, ambil perhatian yang membeli tiket di saat-saat akhir selalunya (tetapi tidak semestinya) lebih mahal berbanding jika anda menempah tiket lebih awal. Oleh itu, ia adalah baik bagi anda untuk mula membuat perbandingan tambang penerbangan seawal yang boleh.

3) Ambil Kesempatan Penuh Atas Kemudahan Kad Kredit Anda

Jika anda adalah warga Malaysia dewasa yang berkerja, sudah hampir pasti anda adalah pemegang kad kredit. Walaupun kad kredit sering dikaitkan dengan implikasi-implikasi kewangan yang negatif, ianya boleh menjadi rakan baik anda sebagai langkah berjimat semasa bulan Ramadan. Berikut adalah beberapa cara yang mana kad kredit boleh digunakan dengan bijak semasa musim perayaan:





4) Aktifkan “Payment Holiday” Bagi Pinjaman Rumah Anda

Tahukah anda yang sesetengah pinjaman rumah yang ditawarkan oleh bank-bank di Malaysia (seperti Standard Charted Bank dan UOB) datang dengan ciri “Payment Holiday” ataupun penangguhan bayaran, yang membolehkan peminjam melangkau satu bulan pembayaran balik semasa musim-musim perayaan dan dalam situasi-situasi yang memerlukan? Jika anda dalam proses pembayaran balik, katakanlah RM2,000 bagi ansuran bulanan pinjaman; anda boleh menggunakan sepenuhnya kelebihan “Payment Holiday” untuk menyimpan ansuran RM2,000 tersebut dan menggunakannya untuk cuti yang akan datang!

Tidak pasti jika anda mempunyai kemudahan “Payment Holiday”? Ia mungkin termaktub dalam perjanjian pinjaman rumah anda, oleh itu sekarang ialah masa yang sesuai untuk mengkaji semula perjanjian pinjaman anda atau menghubungi pegawai gadai janji dan tanya jika bank anda menawarkan kemudahan ini. Ambil perhatian yang “Payment Holiday” biasanya ditawarkan dengan terma dan syarat, jadi pastikan anda telah membaca cetakan halus sebelum anda membuat komitmen.

5) Dapatkan Pinjaman Yang Sesuai, Jika Anda Betul-betul Perlukannya

Walaupun pengambilan pinjaman bagi tujuan perayaan tidak digalakkan, dalam sesetengah kes, ia mungkin satu-satunya pilihan yang ada. Jika ini adalah jalan terakhir anda bagi mendapatkan wang tunai untuk Raya, berikut adalah beberapa perkara yang anda mungkin ingin pertimbangkan bagi mendapatkan manfaat dari usaha anda:

6) Bersikap Bijak Mengenai Cara Anda Membeli-belah Dan Berbelanja

Akhir sekali, nasihat wang tunai yang mengatasi semua tips untuk cuti Raya yang lain (atau dalam mana-mana keadaan) ialah: kurangkan berbelanja. Walaupun anda awal-awal lagi telah membuat urusan perjalanan, mengambil kesempatan penuh atas kemudahan kad kredit anda, mengaktifkan “Payment Holiday” yang telah dinyatakan sebelum ini mahupun mendapatkan pinjaman; semuanya terpaksa bermula dari bawah semula jika anda boros berbelanja menggunakan hasil wang yang anda berjaya simpan.

Sedang anda membuat persediaan bagi membeli baju baru untuk anak-anak atau perabot baru untuk rumah bulan ini, sila buat (i) bajet perayaan yang realistik (yang diasingkan dari bajet bulanan biasa anda) dan (ii) senarai semakan pembelian – langkah pertama untuk memastikan anda berbelanja dalam kemampuan anda, dan langkah kedua supaya anda membeli apa yang anda perlu dan bukan apa yang anda mahu. Selagi anda berpegang kepada langkah-langkah tersebut, dijamin anda di dalam keadaan kewangan yang baik.

Dan sementara anda sedang membuat pembelian sebenar, sila luangkan masa untuk membuat perbandingan sebelum membeli.

Tiada sesiapa yang mahu membeli-belah untuk Raya dan masih diingatkan dengan had-had perbelanjaan; tetapi seperti semua tips dan nasihat kewangan yang sukar untuk diikuti, semuanya memang berkesan.

______________________________

Artikel ini dibawakan kepada anda oleh www.iMoney.my, laman web perbandingan harga berdedikasi untuk membantu warga Malaysia menggunakan wang dengan sebaiknya. Mereka boleh dihubungi di [email protected].