BAGI meraikan kemeriahan Aidilfitri tahun ini, CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) melancarkan bukan satu tetapi tiga filem raya melalui Siri Bukalah Hati.
Siri tersebut menyelami tema keikhlasan, penerimaan dan keterbukaan bagi menggambarkan makna sebenar Ramadan dan Syawal kali ini.
Tiga filem itu dihasilkan oleh pengarah filem berbakat dari latar belakang berbeza iaitu Fabian Loo, Bebbra Mailin dan Haran Kaveri yang dibimbing oleh pengarah berpengalaman Nadiah Hamzah dari Wayang Works.
Melalui kerjasama tersebut tiga pengarah filem itu dapat mengangkat kepentingan menerima perbezaan dengan hati yang terbuka dan meraikan secara harmoni melalui mesej filem masing-masing dalam usaha menyatukan rakyat Malaysia.
Ia juga merupakan sebahagian daripada usaha CelcomDigi dalam memupuk bakat generasi akan datang dengan menyediakan platform untuk mengasah kemahiran bercerita dan berkongsi karya mereka dengan khalayak ramai.
Filem pertama, berjudul “Aidil dan Fitri” oleh Fabian Loo yang juga merupakan penampilan sulung arahan komersialnya, menampilkan sepasang kembar yang menyedari bahawa keikhlasan sebenar membawa penghargaan yang lebih besar terhadap ‘Aidilfitri’ sebagai hari kemenangan.
Seterusnya filem kedua pula, "Sabar, Cikgu" oleh pengarang indie, Haran Kaveri, mengisahkan tentang Cikgu Saresh iaitu seorang guru yang kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajarnya semasa berpuasa. dan akhirnya Cikgu Saresh dapat belajar sesuatu yang lebih bermakna daripada pelajar-pelajarnya sepanjang bulan Ramadan.
Manakala filem terakhir iaitu filem ketiga berjudul "Pulangkan Kasih" oleh pemenang anugerah dan pensyarah, Bebbra Mailin, adalah berdasarkan pengalaman peribadinya sebagai saudara baru dari etnik Kadazan-Dusun.
Filem ini berkisar tentang Nina, seorang anak perempuan yang mendambakan penerimaan bapanya terhadap perubahan kepercayaan dan budayanya apabila pulang ke Sabah untuk menyambut Aidilfitri bersama seisi keluarga.
Kesemua filem raya tersebut boleh ditonton melalui akaun YouTube rasmi dan laman Facebook rasmi CelcomDigi sekarang.
Astro Awani
Tue Apr 09 2024
CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) melancarkan tiga filem Raya iaitu 'Aidil dan Fitri', 'Sabar Cikgu' serta 'Pulangkan Kasih' melalui Siri Bukalah Hati. - Gambar CelcomDigi
Apple Pencil baharu hadir dengan sistem haptik
Apabila digunakan pada skrin iPad, pengguna boleh merasakan tindak balas haptik seakan menggunakan pensel sebenar.
[TERKINI] KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
KPM berkata, Laporan Bank Dunia bertajuk 'Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills' berkenaan sistem pendidikan negara diambil perhatian.
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Dua sahabat maut dilanggar bas
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
Che'gu Bard tiba di Mahkamah Sesyen Johor Bahru berdepan tuduhan lagi
Beliau yang hadir bersama peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali, dijangka berdepan satu lagi pertuduhan mengikut Akta Hasutan 1948.
Niaga AWANI: KWSP: Melestari kehidupan persaraan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikatakan bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat. Namun KWSP telah memperkenalkan Akaun Fleksibel dan berkuat kuasa mulai 11 Mei 2024. Bagaimana pengurusan persaraan selepas ini dan apakah pendekatan terbaik bagi meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat?
CelcomDigi lancar tiga filem raya berbeza mesej dan makna melalui Siri Bukalah Hati
Bagi meraikan kemeriahan Aidilfitri tahun ini, CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) melancarkan bukan satu tetapi tiga filem Raya melalui Siri Bukalah Hati hasil karya tiga pengarah muda berbakat.
Axiata catat kerugian bersih RM1.99 bilion
Axiata catat kerugian bersih berjumlah RM1.99 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Dis 2023.
Maklumat gangguan liputan perkhidmatan akan segera diserah kepada CelcomDigi - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil akan menyerahkan maklumat mengenai gangguan liputan perkhidmatan dialami pengguna yang melanggan perkhidmatan dengan syarikat telekomunikasi CelcomDigi Bhd.
'Projek My Malaysia' CelcomDigi, filem janaan AI bersumber ramai pertama negara
CelcomDigi memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) untuk menterjemah aspirasi, impian dan harapan rakyat Malaysia terhadap tanah air bertuah ini.
Penamatan SSA dengan DNB buka peluang penyertaan ke arah proses 5G yang baharu - CelcomDigi
CelcomDigi turut memberi jaminan kepada pelanggannya bahawa proses itu tidak akan memberi kesan kepada perkhidmatan 5Gnya.
Unit CelcomDigi tamat perjanjian langganan saham dengan DNB
Anak syarikat CelcomDigi Bhd, Digi Telecommunications Sdn Bhd dan Celcom Mobile Sdn Bhd, menamatkan SSA masing-masing dengan DNB berkuat kuasa hari ini.
Penyatuan dua keluarga tema Cerita Raya CelcomDigi "Rumah Terbuka"
Aidilfitri tahun ini yang pertama diraikan bersama CelcomDigi sebagai sebuah entiti yang bergabung sejak November 2022.
Pakej Perpaduan prabayar Internet mudah alih lebih murah bagi golongan belia, B40, OKU dan warga emas
Pakej Remaja prabayar Internet mudah alih yang ditawarkan sebelum ini untuk remaja (12 hingga 24 tahun) kini diperluas kepada golongan belia berumur >30 tahun, B40, OKU, warga emas dan veteran.
Mohamad Idham Nawawi kini CEO CelcomDigi
Celcom Axiata Bhd dan Digi Telecommunications Sdn Bhd (CelcomDigi) hari ini mengumumkan bahawa Datuk Mohamad Idham Nawawi kini secara rasmi menggalas jawatan CEO.