awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cerita di sebalik sembilan 'nyawa' kucing

Agensi
Agensi
19/09/2021
07:00 MYT
Cerita di sebalik sembilan 'nyawa' kucing
Aspek anatomi kucing memberi kelebihan dan sebab mengapa adakalanya si comel masih terselamat biarpun terbabit kecelakaan yang dahsyat.
KITA kerap mendengar frasa 'kucing mempunyai sembilan nyawa', gara-gara keistimewaannya yang sering terselamat dalam sebarang kecelakaan.
Namun sejauh mana kebenarannya dan mengapa frasa itu wujud?
Jangan salah faham kerana kucing mempunyai satu nyawa seperti makhluk hidup yang lain juga.
Walau bagaimanapun, kucing mungkin merupakan haiwan peliharaan yang paling pandai berdikari apabila hidup di luar.
Ini kerana beberapa aspek dalam anatomi kucing:
  • Kucing mempunyai permukaan badan yang besar berbanding dengan berat badan sekaligus mengurangkan daya hentakan apabila terjatuh
  • Kucing biasa memanjat dan boleh menyesuaikan diri apabila jatuh dari satu ketinggian
  • Kucing mempunyai righting reflex yang membolehkan badan dipusing dan mendarat dengan selamat menggunakan kaki
  • Kucing mempunyai fleksibiliti pada tulang dan ligamen, yang membantu mengelakkan kecederaan parah
kucing mempunyai satu nyawa seperti makhluk hidup yang lain juga.
Kucing mempunyai satu nyawa seperti makhluk hidup yang lain juga.
Mengapa sembilan nyawa?
Mitos mengatakan kucing mempunyai banyak nyawa terdapat dalam pelbagai kepercayaan, namun jumlahnya berbeza mengikut budaya.
Di wilayah tertentu di Sepanyol kucing dipercayai mempunyai tujuh nyawa, sementara legenda Turki dan Arab mengatakan kucing mempunyai enam nyawa.
Orang Yunani kuno pula percaya angka sembilan merujuk kepada triniti dan angka ghaib yang menerapkan tradisi dan agama.
Kucing boleh cheat death?
Kucing sangat pintar dan intuitif. Mereka mempunyai refleks sepantas kilat, kemahiran membuat keputusan cepat dan ketangkasan yang luar biasa.
Walau bagaimanapun, kucing tetap makhluk Tuhan sama seperti manusia, dan akan mati jika masanya sudah sampai.
Sebagai pemilik haiwan peliharaan yang bertanggungjawab, anda tidak boleh lalai dan perlu sentiasa memantau serta memerhatikan si comel anda.
Jangan terpedaya, kerana kucing hanya ada satu nyawa, dan tidak ada galang gantinya.

** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Topic Berkaitan
#kucing
#haiwan
#kemalangan
#bencana
#selamat
#anatomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan