KUALA LUMPUR: Diinspirasikan daripada gaya dan suasana acara terkemuka tenis Eropah, Kejohanan Wimbledon, koleksi terbaharu jenama Cheetah sentuhan Jovian Mandagie menyaksikan kembalinya era glamazon fesyen 90-an.
Pengarah Kreatif Cheetah Malaysia, Datuk Jovian Mandagie berkata, koleksi terbaharu Cheetah Musim Panas dan Bunga 2022 ini menggabungkan fesyen dan keselesaan yang sempurna bagi lelaki, wanita serta kanak-kanak bersama pemilihan material mengagumkan selain sentuhan palet warna campuran ‘fusion’.
“Koleksi ini menandakan permulaan baharu hala tuju reka bentuk Cheetah dalam usaha syarikat memperbaharui koleksi pakaian yang berkonsepkan lebih segar, sesuai dengan trend ‘fast fashion’ terkini.
“Rekaan diperkenalkan ini turut menunjukkan minat jenama dalam menumpukan usaha mendekati golongan bandar dan terus menarik minat pelanggan sedia ada serta segmen pasaran berpotensi,” katanya kepada Astro AWANI ketika ditemui pada Selasa di sini.
Pertunjukan fesyen berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur itu, menyaksikan sebanyak 200 rekaan Cheetah Malaysia Summer/Spring 2022 yang sesuai dengan trend ‘fast fashion’.
Menurut Jovian, kombinasi fesyen pakaian sukan dan jalanan (street fashion) kini mengubah gaya ‘athleisure’ di Malaysia dan rekaan bagi koleksi ini diyakini menawarkan pendekatan malar dan sentiasa relevan dengan kehidupan semasa.
“Kami bekerja keras dalam menghasilkan koleksi ini demi memastikan ia mencapai tahap kesempurnaan yang disasarkan terutamanya buat golongan millennial.
“Melalui koleksi ini juga, kami ingin meningkatkan semangat ‘menyokong jenama tempatan’ supaya lebih ramai orang menyedari bahawa kita sebenarnya mempunyai banyak jenama yang hebat di negara ini untuk dibanggakan,” ujarnya.
Jovian turut berkongsi bahawa kolaborasi bersama Cheetah itu memberi nilai sentimental buatnya apabila mengenang kembali memori zaman kanak-kanak beliau memakai pakaian jenama Cheetah bagi aktiviti sekolah.
“Ia mengimbau kembali kenangan 28 tahun lalu yang mana ibu saya membelikan pakaian Cheetah pertama untuk kelas Pendidikan Jasmani.
“Saya berasa sangat seronok memakai pakaian berjenama buat kali pertama dan saya masih ingat lagi saya berasa sangat bangga memakai Cheetah pada ketika itu,” jelasnya.
Untuk maklumat lanjut koleksi Cheetah Malaysia Summer/Spring 2022, sila layari www.cheetah.com.my.
Haikal Raman
Thu Mar 24 2022
Koleksi terbaharu Cheetah sentuhan Jovian Mandagie itu menyaksikan kembalinya era glamazon fesyen 90-an dengan inspirasi Kejohanan Wimbledon. - Foto ihsan Cheetah
Potensi dilanda tsunami, pihak berkuasa tingkatkan amaran
Pihak berkuasa Indonesia tingkatkan lagi amaran Gunung Ruang di Sulawesi dengan mengeluarkan amaran tsunami susulan berlakunya sekali lagi letusan gunung ruang di wilayah Sulawesi utara pada Rabu.
Houthi tembak Kapal Tangki Minyak Andromeda Star di Laut Merah
Kumpulan Houthi terus melancarkan serangan ke atas kapal komersial di Laut Merah dan terbaharu serangan peluru berpandu mengenai kapal tangki minyak Andromeda Star.
Ratusan rumah, bangunan rosak dibadai puting beliung
Ratusan rumah, bangunan dan ladang ternakan di Omaha, Nebraska rosak akibat kejadian Puting beliung yang membadai kawasan itu pada petang Jumaat.
Hamas sudah terima maklum balas Israel mengenai cadangan gencatan senjata
Rundingan sebelum ini pada November lepas menyaksikan pembebasan 81 rakyat Israel dan 24 warga asing dengan pertukaran 240 warga Palestin termasuk 71 wanita dan 169 kanak-kanak.
95 kanak-kanak mangsa diselamatkan di India
Seramai 95 kanak-kanak berumur empat hingga 12 tahun diselamatkan di Uttar Pradesh di utara India, dipercayai mangsa pemerdagangan manusia dari negeri jiran, Bihar.
Pesara tentera diminta kemaskini data di JHEV
Jelas Adly setakat ini lebih 213 ribu veteran berdaftar dengan jabatan tersebut, berbanding sekitar 300,000 yang telah bersara dalam perkhidmatan.
10 Berita Pilihan - (27 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad - 28 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: UM mohon maaf kepada rakyat Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jangan sentuh isu 3R sepanjang kempen PRK Kuala Kubu Baharu
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diminta untuk meningkatkan pemantauan bagi mengesan sebarang hantaran yang menyalahi undang-undang.
Cheetah x Jovian: Kembalinya fesyen era glamazon, inspirasi Kejohanan Wimbledon
Diinspirasikan daripada gaya dan suasana acara terkemuka tenis Eropah, Kejohanan Wimbledon, koleksi terbaharu jenama Cheetah sentuhan Jovian Mandagie menyaksikan kembalinya era glamazon fesyen 90-an.