ANDA mungkin beranggapan bahawa pasangan yang menjalinkan hubungan cinta jarak jauh merasa kurang bahagia berbanding pasangan tinggal berdekatan.

Mungkin tanggapan itu meleset apabila banyak kajian membuktikan kepercayaan dan kesetiaan terhadap pasangan adalah sama atau lebih tinggi dalam hubungan jarak jauh.

Jadi, bagaimana pasangan jarak jauh mengekalkan kehangatan bercinta apabila mereka terpisah beribu batu?

Bagi pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga ini, Elizabeth Schunk dan David Rees berkata penggunaan aplikasi mudah alih membantu mereka untuk terus menanam bibit-bibit kasih sayang.

Bagi pasangan itu, mereka pastinya berterima kasih apabila dua aplikasi mudah alih seperti Skype dan Snapchat menjadi pengikat cinta mereka.

Elizabeth berkata, setiap hari dia dan David pasti akan berhubung antara satu sama lain selain perasaan rindu itu luar biasa dan merasakan mereka sangat dekat.

Pasangan ini yang pada mulanya berkenalan pada Februari 2016, melalui Omegle, satu laman sesawang yang menghubungkan dua orang secara rawak dalam satu sesi perbualan.

Kemudian, aplikasi mudah alih seperti Snapchat, Whatsapp, Facebook Messenger, iMessage dan Skype membantu mereka untuk mengurangkan jurang jarak jauh semasa bercinta.

Selepas tiga bulan berhubung melalui aplikasi mudah alih, David mula meluahkan perasaanya terhadap Elizabeth.

Setahun kemudian, walaupun kedua-dua mereka berada di dua benua yang berbeza, seorang di United Kingdom, seorang lagi di Amerika Syarikat namun, ia sama sekali 'mengurangkan' keutahan perasaan cinta pasangan tersebut.

Mereka kini mahu hidup bersama dan sering melawat antara satu sama lain sebanyak empat kali dalam masa 54 hari. David sudah melamar Elizabeth untuk menjadi suri hatinya seperti yang dilaporkan portal National Public Radio.

Seperti cerita cinta yang lain, mereka berdua juga tidak lari dari asam garam hubungan percintaan dek kerana jarak sebagai penghalang selain timbul perasaan ragu.

"Walaupun semasa dia memerlukan saya, saya tiada di sisinya, jalan untuk terus kekal berhubung adalah dengan berkomunikasi menggunakan teknologi sedia ada.

"Kalau dulu boleh tulis surat cinta, kini kami boleh menggunakan Snapchat dan iMessage sebagai surat untuk meluahkan rasa kasih sayang," luah Elizabeth.