PERKEMBANGAN terkini pandemik COVID-19 sedikit sebanyak membawa kebimbangan kepada kita, dan mungkin secara tidak langsung, membuatkan ramai yang mahu mendapatkan pemeriksaan dan rawatan di klinik dan hospital.
Jika sebelum ini, individu yang mengalami demam atau batuk biasa mungkin lebih selesa untuk berehat di rumah, tetapi kali ini simptom sedemikian boleh memberi rasa panik kerana ia juga antara simptom biasa COVID-19.
Seorang doktor perubatan, Dr Nur Izyan Hanisah berkongsi di akaun Facebook tiga soalan yang akan ditanya oleh doktor apabila anda ke klinik.
Soalan pertama (A) ialah jika pesakit mempunyai mana-mana simptom seperti demam, batuk, sakit tekak atau sukar bernafas. Kedua (B), sejarah ke luar negara; dan ketiga (C) jika pesakit ada berhubung atau kontak dengan individu yang disyaki atau disahkan positif wabak itu.
Kata Dr Izyan, COVID -19 tidak boleh dikesan oleh doktor dalam tempoh beberapa minit pemeriksaan.
"Kalau ada A dan (B atau C), baru doktor akan masukkan dalam wad dan ambil sampel.
"Kalau ada B atau C sahaja, kami akan aturkan untuk ambil sampel tekak dan hidung di hospital tertentu tapi anda perlu kuarantin.
"Kalau tak ada A, B, C, tak payah risau. Jangan datang klinik ya kalau tak ada urusan," kata Dr Izyan.
Dia juga berpesan kepada orang ramai agar tidak mengambil mudah maklumat yang diberikan kepada petugas perubatan.
"Tolong jangan cakap sembarangan kalau tak pasti. Contoh 'saya rasa semalam saya jumpa jiran saya baru balik Itali, saya rasa dia positif COVID lah'.
"Jangan main 'rasa-rasa'. Kena pasti, baru cakap dengan doktor. Sebab kalau anda cakap sembarangan, doktor ni kena cepat-cepat asingkan awak dari orang lain, kena pakai 'baju angkasawan' yang harganya mahal untuk periksa awak. Tutup klinik sementara untuk pembersihan," tambahnya lagi.
Dr Izyan juga meminta pesakit yang mahu ke klinik agar tidak membawa ahli keluarga bersama, kerana ia berpotensi memudahkan penyebaran penyakit.
Astro Awani
Thu Mar 19 2020
COVID -19 tidak boleh dikesan oleh doktor dalam tempoh beberapa minit pemeriksaan. - Gambar hiasan/Bernama
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
Kes positif COVID-19 lepasi angka 800 di Singapura, 198 pulih
Ini adalah angka kes positif tertinggi yang direkodkan di Singapura setakat ini, dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 802.
COVID-19: Keluarga diraja Britain ambil langkah berjaga-jaga
Beberapa acara, termasuk yang bakal berlangsung di Gereja St George, tidak akan diteruskan sebagai langkah berjaga-jaga.
COVID-19: Doktor ini kongsi tiga soalan biasa untuk dijawab pesakit
Kata Dr Nur Izyan Hanisah, COVID -19 tidak boleh dikesan oleh doktor dalam tempoh beberapa minit pemeriksaan.