KUALA LUMPUR: Cuti umum sempena perayaan Aidilfitri tahun ini bukan saja menjadi medan menemukan kembali masyarakat dengan keluarga tercinta malah dimanfaatkan pelbagai pihak termasuk pelancong asing untuk mengunjungi destinasi-destinasi menarik di negara ini.
Ini dapat dilihat menerusi trend tempahan bilik hotel dan rumah inap desa yang mencatatkan peningkatan di seluruh negara, sekali gus membantu sektor perhotelan dan pelancongan negara bangkit selepas dua tahun terkesan akibat wabak COVID-19.
Menurut Timbalan Presiden Persatuan Hotel Bajet dan Bisnes Malaysia (MyBHA) Dr Sri Ganesh Michiel, tempahan bilik paling tinggi direkodkan di Kota Kinabalu, Sabah dan Genting Highland, Pahang yang menyaksikan peningkatan sehingga 100 peratus berbanding pada hari biasa.
Selain bandar utama, beberapa daerah kecil seperti Batu Pahat dan Mersing di Johor juga merekodkan peningkatan ketara pada tempahan bilik hotel dan trend ini dijangka berterusan hingga akhir Mei atau awal Jun.
"Walaupun beberapa kelonggaran telah diberikan selepas negara memasuki Fasa Peralihan ke Endemik, kita (MyBHA) masih menasihatkan semua pengusaha hotel agar menggalakkan pelanggan mereka mengamalkan prosedur standard operasi (SOP) sebagai langkah berjaga-jaga," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Presiden Persatuan Kampungstay dan Homestay Malaysia Zohaime Muhamad Sori berkata tempahan luar biasa bagi rumah inap desa menunjukkan orang ramai memilih merasai pengalaman tinggal di kampung, walaupun terdapat sedikit kenaikan harga untuk penginapan.
"Harga tidaklah naik banyak sangat, dalam RM10 atau RM20 sahaja susulan kos sara hidup yang tinggi tetapi kualitinya sama seperti hotel dan ini menyebabkan rumah inap desa tetap menjadi pilihan orang ramai untuk bercuti di kampung," katanya.
Pengusaha Serene Homestay di Cameron Highlands, Intan Aznita, 49, berkata inap desa miliknya mendapat tempahan menggalakkan sejak 30 April lepas.
Sementara itu, Terminal Feri Kuala Kedah di Alor Setar, KEDAH menjadi tumpuan orang ramai hari ini yang mengambil kesempatan cuti Aidilfitri untuk berkunjung ke Pulau Langkawi.
Nina Shakila Abdullah, 33, antara yang menggunakan perkhidmatan itu berkata dia akan bercuti di pulau peranginan itu selama tiga hari setelah menyambut Aidilfitri bersama ibu saudaranya di Jitra.
Di NEGERI SEMBILAN, suasana Pantai Teluk Kemang, Port Dickson (PD) hari ini meriah dengan kunjungan orang ramai termasuk dari luar negeri itu yang melakukan pelbagai aktiviti termasuk bermandi-manda serta beriadah di tepi pantai.
Seorang pengunjung, Nadia Halim, 32, yang berasal dari Kedah berkata dia tiba di PD pada petang semalam dan tidak sabar untuk mengunjungi beberapa tempat menarik selain teruja mencuba makanan tradisional yang popular iaitu lauk salai masak lemak cili api.
Di JOHOR, Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia Johor Ivan Teo berkata rata-rata bilik hotel terutama di daerah Johor Bahru dan Desaru, Kota Tinggi hampir penuh ditempah pengunjung tempatan dan warga Singapura selain taman tema Legoland Malaysia Resort dekat Iskandar Puteri turut dikunjungi ramai.
Seorang pengunjung taman tema itu Alia Natasha Abdul Rahman, 31, berkata dia tergerak hati mengunjungi tempat tarikan itu selepas beraya di rumah saudaranya, mengambil kira kedua-dua anaknya mengimpikan melawat taman tema berkenaan.
Di PULAU PINANG, keadaan lalu lintas untuk ke tempat peranginan seperti Bukit Bendera dan Batu Feringgi agak sesak dengan kenderaan.
Warga Jepun yang menetap di Singapura, Noami Hikaru, 42, berkata ini adalah pertama kali beliau datang ke negeri berkenaan semata-mata untuk melawat Bukit Bendera.
"Saya banyak baca dalam majalah pelancongan mengenai sejarah Bukit Bendara ketika zaman British dan sekiranya berpeluang melawat Pulau Pinang lagi, saya ingin mendaki ke puncak Bukit Bendera," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 04 2022
Perkembangan semasa membantu sektor perhotelan dan pelancongan negara bangkit selepas dua tahun terkesan akibat wabak COVID-19. - Gambar hiasan
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Pemandu Mercedez terbakar, juga suspek langgar lari motorsikal
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan usul perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Tak pernah beli rumah, Will.i.am hanya tidur di hotel
Tidak mempunyai rumah, kata Will.i.am lagi, adalah pilihan yang dibuat kerana berasa dirinya belum belum benar-benar sukses atau berjaya.
Kos meningkat, penggiat industri hotel mahu kerajaan tangani kadar caj rendah
Shaharuddin berkata ini juga berikutan kadar caj bilik hotel di Malaysia juga jauh lebih rendah berbanding negara jiran.
Polis Thailand temukan sianida dalam teko teh di bilik hotel enam individu maut
Bukti forensik mendapati cawan yang diletakkan di bilik terlibat mengandungi sianida.
Lelaki mengaku bunuh isteri direman tujuh hari
Perintah reman terhadap suspek berusia 37 tahun itu dikeluarkan Majistret Azlin Zeti Zainal Abidin hari ini.
Majoriti hotel di Port Dickson belum buat sambungan ke sistem pembetungan awam
Pemeriksaan mendapati hanya 11 hotel membuat sambungan kepada sistem pembetungan awam berkenaan.
Wanita mengaku salah menyundal
Seorang wanita mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas pertuduhan melakukan aktiviti persundalan pada minggu lalu.
Suami isteri bekal senjata api kepada lelaki Israel diberkas
Suspek warga tempatan berusia 42 dan 40 tahun itu ditahan di sebuah bazar Ramadan di Kuala Selangor pada Jumaat.
TMM2024: Tempahan hotel MITC meningkat kepada 70 peratus sejak Januari
Ia bukti pemulihan sektor ekonomi perhotelan berjalan dengan lebih cepat berbanding 40-50 peratus tempahan pada hari biasa tahun lepas.
Kes ESSCOM: Mangsa daftar masuk hotel di Tawau pada hari sama dia dibunuh
Pengurus hotel mengesahkan bahawa Nurman mendaftar masuk ke premis itu berdasarkan salinan cetak borang pendaftaran pas dan invois.
Dua beradik hilang: Tukang urut didakwa amang seksual
Hamid Khan Samoon, 43, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Mohd Kafli Che Ali.