NILAI: "Berbudi pada tanah lambat laun akan dapat hasilnya". Ungkapan itu sesuai digambarkan mengenai usaha dua anak muda yang memilih untuk bersara awal daripada berkhidmat di Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan beralih ke bidang pertanian sejak tiga tahun lepas.
Mejar (B) Mohd Farid Daud, 37, berkata pengalaman dan kepakaran dalam bidang kejuruteraan penerbangan selama 10 tahun tidak disia-siakan sebaliknya dimanfaatkan sebaik mungkin untuk membangunkan ladang integrasi tanaman dan ternakan di Labu Hilir dekat sini.
Malah, ladang seluas 15 ekar di bawah syarikat Temin Legacy Sdn Bhd yang dimiliki bersama Mohd Farid, rakannya Kapten (B) Ahmad Haziq Mat Hasan, 37, serta abang Farid Mohd Affendy Daud, 43, mampu mengeluarkan hasil tanaman pertanian dan makanan sehingga 200 tan setahun dengan potensi pulangan minimum RM600,000.
"Kita bermula pada 2022 menggunakan modal sebanyak RM100,000... antara tanaman dan ternakan yang ada termasuk pisang, tebu, labu manis, rumput napier, ayam kampung, dan ikan keli dengan kebanyakan benih pada peringkat permulaan dibeli daripada pembekal dari Banting, Selangor.
"Hasil pertanian itu kemudian kita pasarkan ke Pasar Borong Selayang, Bandar Baru Bangi serta Seremban selain ada pemborong datang ke ladang kita untuk mendapatkannya," katanya ketika ditemui di ladang berkenaan di sini.
Anak kelahiran Pahang itu berkata penglibatan dalam sektor usahawan tani juga berikutan ia mempunyai potensi besar untuk terus berkembang pada masa akan datang selain menyambung legasi keluarga dalam bidang pertanian.
"Keluarga saya ada usahakan beberapa tanaman termasuk nurseri di Jerantut, jadi 'darah' itu mengalir dalam diri saya. Sebelum ini pun kami pernah usahakan ladang tanaman seluas 100 ekar di sana, tapi sejak berpindah ke Bangi, saya buat keputusan buka ladang di Negeri Sembilan," katanya.
Dalam pada itu, ditanya mengenai penjagaan tanamannya, beliau berkata rutin merumput, membaja dan meracun akan dilakukan secara berkala mengikut penggiliran plot dan perlu mematuhi jadual tersebut bagi memastikan tanaman berada dalam keadaan baik.
Mengakui pernah berdepan kerugian hampir RM400,000 berikutan faktor ancaman haiwan perosak dan liar yang merosakkan tanaman, namun beliau ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus berbakti kepada tanah sekali gus membantu menjamin sekuriti makanan negara.
Mengenai perancangan masa hadapan, Mohd Farid berkata pihaknya sedang mengintai peluang mengembangkan projek pertanian itu dalam skala lebih besar antara 100 ke 300 ekar secara berperingkat sekali gus mengaplikasikan penggunaan dron untuk proses tanaman itu.
"Untuk projek berskala besar, kita akan gunakan teknologi dron kerana ia lebih praktikal dan menjimatkan masa. Ketika ini, kita juga dalam proses mencari pelabur yang berminat untuk projek pertanian berkenaan yang dijangka diusahakan di Pahang.
"Kita turut menyasarkan untuk memasarkan produk hiliran daripada hasil pertanian ini ke pasaran tempatan dan antarabangsa seperti China dan Amerika Syarikat dalam tempoh lima tahun akan datang," katanya.
Sementara itu, Ahmad Haziq yang juga bekas juruterbang TUDM Subang itu berkata keputusan menceburi bidang itu berikutan melihat potensi besar yang masih boleh diterokai melalui pertanian memandangkan pasaran tempatan dilihat terbuka luas.
Selain itu, beliau berkata penglibatan anak muda sebagai pelapis sangat penting kerana mereka mempunyai kekuatan fizikal dan mental untuk menjayakan industri pertanian sekali gus memastikan kelangsungan hasil makanan dalam negara.
Ahmad Haziq berkata golongan itu perlu mengubah persepsi bahawa pekerjaan tersebut hanya sebagai batu loncatan sebelum mendapat pekerjaan lain atau lebih sesuai untuk golongan veteran atau orang di kampung.
"Tak ramai pemegang ijazah berminat ceburkan diri dalam pertanian, walhal pengetahuan mereka sangat diperlukan termasuk menyesuaikan diri dengan teknologi moden seperti Internet Benda (IoT) dan kaedah pertanian terkini dengan cepat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 18 2024
Mohd Farid (tengah) melihat dron udara (UAV) dan darat (UGV) yang digunakan bagi meracun dan membaja di ladang integrasi moden di Labu Hilir dekat Nilai, 18 Jan 2024. --fotoBERNAMA
Polis geledah pejabat pemimpin Parlimen Eropah di Brussels
Pihak berkuasa Jerman melakukan penggeledahan di pejabat seorang ahli Parlimen Eropah di Brussels pada Selasa.
Kereta Safiq Rahim diserang dua lelaki bermotosikal
Selang dua hari selepas pemain Selangor FC Faisal Halim diserang, Safiq Rahim pula ditimpa malang apabila cermin keretanya dipecahkan menggunakan tukul besi.
Balu Navalny gesa rakyat Rusia tidak putus asa
Balu kepada pemimpin pembangkang Rusia Alexei Navalny, Yulia Navalnaya menggesa rakyat negara itu supaya tidak berputus asa memerangi rejim selepas pelantikan Vladimir Putin.
Perhimpunan Agung PBB mengundi Jumaat ini
Ia secara berkesan akan bertindak sebagai tinjauan global mengenai berapa banyak sokongan rakyat Palestin terhadap bidaan mereka, yang telah diveto dalam Majlis Keselamatan PBB bulan lalu oleh Amerika Syarikat.
Serangan di Rafah satu kesilapan, malapetaka kemanusiaan - PBB
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres pada Selasa memberi amaran kepada Israel bahawa serangan ke atas Rafah akan menjadi kesilapan strategik, bencana politik dan kemanusian.
Kehadiran Agong ke Parlimen kukuhkan lagi hubungan dua hala
Di bawah pemerintahan Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Sultan Negeri Johor, hubungan negeri itu dengan Singapura semakin kukuh.
Ia dapat dilihat dari segi ekonomi dan hubungan antara rakyat.
Ia dapat dilihat dari segi ekonomi dan hubungan antara rakyat.
Vladimir Putin angkat sumpah sebagai Presiden bagi penggal kelima
Majlis angkat sumpah itu diadakan di Kremlin dengan diboikot Amerika Syarikat dan beberapa negara barat lain susulan perang antara Rusia-Ukraine.
Cuaca panas undang stres kalangan jemaah wanita
Dalam keadaan cuaca panas melampau dan untuk tempoh yang lama, ia boleh mengundang kepada stres atau tekanan sehingga berupaya menjejaskan kesihatan mental jemaah wanita yang menerima tawaran sebagai tetamu Allah di musim haji.
Mesyuarat JKKTN setuju perkukuh kawal selia BBP
Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) yang bersidang hari ini bersetuju dengan cadangan memperkukuh kawal selia Badan Berkanun Persekutuan (BBP) melalui penggubalan akta.
Usaha bersepadu penting untuk mengekang jenayah
Usaha bersepadu di kalangan agensi-agensi dari pelbagai bidang adalah penting untuk mengekalkan kerangka keselamatan global, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau menyatakan bahawa akses internet dan kemajuan teknologi telah membawa ancaman baru dan mengubah landskap keselamatan, oleh itu perlunya pendekatan yang bersatu padu untuk menangani mereka.
Beliau menyatakan bahawa akses internet dan kemajuan teknologi telah membawa ancaman baru dan mengubah landskap keselamatan, oleh itu perlunya pendekatan yang bersatu padu untuk menangani mereka.
Kemarau: Kerajaan Kelantan gali 100 telaga tiub bantu pesawah
Kerajaan Kelantan akan menggali 100 buah telaga tiub bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan air yang menghantui pesawah di negeri ini akibat kemarau.
TVET dalam pertanian penting, jamin keterjaminan makanan - Mohamad Sabu
Kerajaan akan memperkasakan Program TVET dalam bidang pertanian dengan melahirkan lebih ramai siswazah.
Negara di landasan tepat kurangkan kebergantungan bawang merah import
Tahun 2024 adalah masa untuk mengorak langkah kepada penanaman secara besar-besaran.
Dahulu jurutera, juruterbang TUDM, kini Mohd Farid dan Ahmad Haziq bergelar usahawan tani
Pengalaman dan kepakaran dalam bidang kejuruteraan penerbangan selama 10 tahun tidak disia-siakan sebaliknya dimanfaatkan sebaik mungkin.
Produk haiwan, pertanian dari Korea dirampas
Rampasan dibuat hasil pemeriksaan ke atas sebuah kontena tersebut kira-kira jam 3.30 petang.
Pelantikan Johari Abdul Ghani diharap dapat teruskan kemampanan industri sawit negara
Johari dilihat berpengalaman dalam sektor korporat dan sebagai mantan Menteri Kewangan II pula menunjukkan pengalamannya dalam urusan pentadbiran negara.
Persepsi belia terhadap bidang pertanian perlu diubah - Chan
Kurangnya penglibatan golongan belia di negara ini dalam sektor pertanian menyebabkan kerjaya bidang itu diambil alih tenaga kerja warga asing.
MOSTI peruntuk RM15.73 juta dalam teknologi nuklear, tingkat hasil pertanian
Nuklear Malaysia memperuntukkan RM15.73 juta mulai 2016 hingga tahun ini dalam usaha mempergiatkan penyelidikan dalam bidang pertanian.
Teknologi satelit, AI bantu petani perkasa pertanian digital
Kerjasama ini akan membantu petani meningkatkan hasil mereka sambil mengurangkan kesan alam sekitar pertanian.
Veteran ATM digalakkan jadi usahawan pertanian
Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) digalakkan untuk menyertai bidang keusahawanan terutamanya dalam bidang pertanian sama ada secara berkelompok atau menerusi koperasi.