SEJAK Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan oleh kerajaan, ramai yang mula berfikir tentang aktiviti yang seronok untuk dilakukan di rumah.
Selain ambil peluang menghabiskan waktu kualiti bersama ahli keluarga dan membersihkan kediaman, ramai juga ada yang mengambil peluang membuat 'tontonan maraton' di televisyen dan di YouTube memandangkan banyak filem serta drama menarik untuk diikuti.
Tidak kurang juga ada yang mengambil peluang 'terperap' di dalam rumah sepanjang pelaksanaan PKP untuk mencuba sesuatu hobi atau skil yang baharu.
Contohnya, jika anda 'menjengah' ke media sosial dalam masa dua atau tiga hari ini, pasti anda ada menemui kegilaan baharu terhadap resepi minuman unik.
Nama 'Dalgona Coffee', mungkin sudah terlekat di minda warganet sejak tular di media sosial sejak beberapa hari ini.
Selain hanya menggunakan seleksi bahan yang mudah dicari di samping cara pembuatannya yang tidak renyah, warganet berlumba-lumba berkongsi video dan gambar di susur masa akaun media sosial masing-masing.
Secara asasnya, minuman itu hanya memerlukan serbuk kopi, gula, air panas, susu segar dan juga ais.
Apa yang perlu dilakukan adalah dengan mengisar campuran serbuk kopi, gula dan air panas seterusnya dituangkan ke dalam susu segar berais.
Lebih menarik, ada antara mereka yang memuat naik video dengan aksi mereka menyediakan kopi tersebut secara kreatif, sekali gus menjadikan hasil akhirnya kelihatan mahal dan lebih menyelerakan.
Ini kami kongsikan antara mereka yang sudah melakukan 'Dalgona Coffee'.
Bahkan, terdapat netizen yang berkongsi resipi yang khusus bagi mereka yang tidak minum kopi.
Rakyat Malaysia sememangnya sangat kreatif, namun mungkin dalam tempoh PKP sahaja kita akan menyaksikan pelbagai resipi baharu yang dikongsikan di media sosial.
Bukan sekadar di Malaysia, malah trend berkenaan juga tular di seluruh dunia.
Siapa yang sudah buat, apa kata anda kongsikan gambar dan video 'Dalgona Coffee' anda!
Asyraf Roslan
Sat Mar 21 2020

Rakyat Malaysia sememangnya sangat kreatif, namun mungkin dalam tempoh PKP sahaja kita akan menyaksikan pelbagai resipi baharu yang dikongsikan di media sosial. - Foto Twitter: @Ashril_92

Dua lelaki rempuh SJR dikejar sejauh 36 kilometer
Suspek turut melanggar pembahagi jalan dan tiang lampu isyarat menyebabkan kenderaan tersebut berpusing satu kali.

Pembinaan litar kurang dapat sambutan orang muda sebelum ini
Mengenai cadangan pembinaan litar, Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Jonathan Yassin berkata mengikut maklumat beberapa negeri sebelum ini, ia kurang mendapat sambutan orang muda dan belia.

Mat rempit: Kenakan tindakan terhadap penonton akan dibawa ke Parlimen
Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Jonathan Yassin berkata cadangan kenakan tindakan terhadap penonton lumba haram serta bengkel aksesori motosikal berkemungkinan akan dibawa ke Parlimen pada Oktober ini.

JHEAINPP buat siasatan menyeluruh terhadap kedai nasi ayam
Jurucakap JHEAINPP berkata, pihaknya akan membuat semakan terperinci pada Selasa berhubung dakwaan tersebut.

Tanggal papan tanda, cari alternatif lain promosi sejarah 'Battle of Kampar'
Tanggal papan tanda: Akur dengan keputusan, cari alternatif lain promosi sejarah Battle of Kampar

PRU15: UMNO bertegas mahukan kerusi Parlimen Alor Setar daripada MCA
Prestasi yang ditunjukkan MCA yang tumpas dalam beberapa siri PRU sebelum ini juga wajar diberikan pertimbangan.

Kenapa masih kena guna pas masuk Sabah dan Sarawak - Razali
Senator Razali Idris tanya sama ada kerajaan berhasrat untuk menghapuskan pas bagi memudahkan rakyat Semenanjung masuk ke Sabah dan Sarawak

Penggiat seni dipelawa buat penggambaran di Perak
Jika filem Pasir Salak-King of The River diteruskan, ia sudah tentu menjadi satu lagi berita baik untuk sektor pelancongan di negeri ini.

16 pelajar cedera van sekolah terbabas dalam parit
Maklumat awal yang diterima sebuah van yang membawa pelajar sekolah telah terbabs ke dalam parit.

Masalah air: Hairan kenapa Kelantan ketinggalan - Ahmad Azam
Kelantan merupakan negeri paling lama di Malaysia yang menghadapi masalah air, kata Senator Ahmad Azam Hamzah. "Saya hairan kenapa Kelantan ketinggalan begitu lama dalam masalah air sedangkan ia keperluan asas rakyat," katanya.

Britain negara pertama lulus vaksin sasar dua varian COVID-19
Agensi Kawal Selia Kesihatan dan Perubatan UK memaklumkan ia memberi lampu hijau untuk vaksin berkenaan yang akan digunakan sebagai dos penggalak dewasa.

Malaysia, China jalin kerjasama tangani isu sambung pengajian - Duta
Kerajaan Malaysia dan China telah menjalin kerjasama yang amat baik bagi menangani isu pelajar Malaysia kembali ke negara itu untuk menyambung semula pengajian mereka dalam masa terdekat.

COVID-19: Kes baharu catat penurunan mendadak kepada 2,437
Kes kematian pada Isnin naik ke lapan berbanding lima yang dicatatkan hari sebelumnya.

Kes baharu COVID-19 menurun 6.6 peratus minggu lepas - Dr Noor Hisham
Bilangan kes baharu COVID-19 menurun sebanyak 6.6 peratus kepada 26,678 kes pada Minggu Epidemiologi ke-32 (ME 32/2022) dari 7 hingga 13 Ogos.

Pembangunan Kertas Putih Kesihatan tepat pada masanya - PM
Pembangunan Kertas Putih Kesihatan bertepatan pada masanya, bagi merealisasikan sistem kesihatan Malaysia yang lebih berdaya tahan.

COVID-19: 3,045 kes baharu, lima kematian
Jumlah kes jangkitan harian baharu kini mencecah 4.735 juta.

Shanghai umum pembukaan semula sesi persekolahan secara fizikal
Shanghai menutup semua sekolah pada pertengahan Mac lalu sebelum kawalan pergerakan selama dua bulan.

COVID-19: Korea Utara mansuh pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal
Bagaimanapun, Korea Utara akan terus mengekalkan langkah "pertahanan antiwabak yang kukuh".

3,942 kes baharu COVID-19, empat kematian
Pengurangan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 4.69 juta sejak pandemik melanda negara.

Filem Mat Kilau suntik semangat rakyat Malaysia bebaskan negara daripada cengkaman COVID-19
Dalam konteks hari ini, pengorbanan rakyat Malaysia bersama membantu kerajaan memerangi COVID-19 juga dikira satu perjuangan besar.