awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat lelaki ditahan cuba seludup haiwan ternakan guna jalan tikus
Malaysia utamakan pelaburan jangka panjang, berorientasikan nilai dalam mineral kritikal
Rumah Putih rancang sidang kemuncak pertama Lembaga Keamanan pada 19 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dari Slim River ke Washington, Zachrin Jaafars martabatkan songket

Gempak
Gempak
02/01/2025
00:15 MYT
Dari Slim River ke Washington, Zachrin Jaafars martabatkan songket
Sazrin Jaafar melakar sejarah tersendiri apabila membawa jenama fesyen miliknya iaitu Zachrin Jaafars ke pentas antarabangsa.
PEREKA Malaysia, Sazrin Jaafar melakar sejarah tersendiri apabila membawa jenama fesyen miliknya iaitu Zachrin Jaafars ke pentas antarabangsa.
Lebih membanggakan, menerusi jenama itu, Sazrin telah mempamerkan koleksi berasaskan songket yang menakjubkan di Washington, DC, hujung tahun lalu.
Pertunjukan fesyen itu adalah sebahagian daripada Pameran Hari Songket Malaysia anjuran Kedutaan Besar Malaysia di AS yang menjemput Sazrin selepas melihat penampilan sulungnya di Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW).
Menggabungkan songket tradisional dengan unsur moden ternyata jenama tersebut mempunyai kreativiti tersendiri dalam meraikan kekayaan warisan budaya Malaysia.
Koleksi itu juga menampilkan sulaman benang emas moden dan juga kerjasama dengan artis pewter @nusantara_touch untuk menambah aksesori dan beg tangan.
Disokong oleh Felda, Sazrin menggunakan kain songket tenunan tangan yang rumit dari Pahang, yang mengambil masa lebih 150 jam untuk menghasilkannya.
View this post on Instagram
A post shared by ZachrinJaafars Fashion Journal (@zachrinjaafars.official)
Untuk info, Sazrin merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Rekaan Fesyen Universiti Teknologi Mara.
Dia mula menceburi bidang fesyen dengan mengambil tempahan jahitan di sekitar Slim River.
Selepas beberapa tahun menjalankan rutin tersebut, Sazrin akhirnya mengasaskan jenama Zachrin Jaafars, yang pada awalnya hanya memfokuskan pada baju pengantin. - Gempak
Topic Berkaitan
#pereka fesyen
#Sazrin Jaafar
#songket
#Pameran Hari Songket Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan