MACAM-MACAM yang akan dilakukan oleh seorang peminat demi 'dekat' dengan selebriti yang dijadikan sebagai idola hingga memakan diri.
Perkara sama berlaku kepada Jack Johnson apabila dia sanggup membelanjakan RM110,000 (£20,000) semata-mata mahu kelihatan seperti idolanya, David Beckham.
Jack, 21 tahun yang telah menghabiskan masa bertahun-tahun untuk menjadi seperti Beckham pernah cuba untuk membunuh diri apabila usaha itu tidak berjaya sepenuhnya.
Jack kini tampil untuk memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak mengikut langkah yang diambilnya.
"Saya hampir kehilangan nyawa hanya kerana mahu kelihatan seperti Beckham selain menjadikan perkara itu sebagai 'kerja sepenuh masa'.
"Usaha untuk kelihatan seperti Beckham nyaris membunuh saya dan saya tidak mahu orang lain membuat kesilapan yang sama," katanya menurut laporan Mirror.uk.
Dalam usaha mahu kelihatan seperti Beckham, Jack yang berasal dari Nottingham terpaksa mengambil beberapa tan suntikan setiap bulan untuk bibir, dagu, pipi, dahi selain prosedur venier gigi.
Lebih memeranjatkan apabila Jack membayar pembedahan itu menggunakan elaun kehidupan hilang upaya serta mengambil pinjaman dan meminjam wang dari saudaranya.
Setakat ini, Jack menanggung hutang RM76,000 (£14,000) dan menegaskan perkara itu kini dijadikan pengajaran serta berhenti menjalani sebarang bentuk pembedahan.
"Saya jelas tidak menyalahkan Beckham, itu bukan salahnya. Saya berusaha untuk kelihatan seperti dia (Beckham) dan (tindakan) itu hampir meragut nyawa saya.
"Malah, saya rasa saya berada di tempat yang terbaik sekarang - dan saya tidak mahu sesiapa pun melalui apa yang saya lalui. Jangan obses mahu menjadi seperti idol anda sebaliknya berbangga menjadi diri sendiri," katanya.
Agensi
Tue Dec 26 2017
Jack memberi amaran supaya orang ramai tidak mengikut tindakan yang diambilnya.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
Kesihatan mental: Ibu bapa, guru, pelajar perlu peka, kesan tanda awal kecenderungan bunuh diri
Kes kematian remaja termasuk pelajar sekolah sejak kebelakangan ini amat membimbangkan.
KPM pandang serius peningkatan pelajar cenderung bunuh diri, trend 'barcode'
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata peranan kaunselor dan ibu bapa penting dalam membendung tindakan sedemikian di peringkat awal.
CMCF kerjasama bangun garis panduan kandungan berkaitan bunuh diri
Usaha itu dilakukan dengan kerjasama pemain industri, pejuang kesihatan mental, pengamal perubatan dan Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental.
Amalkan Bahasa Melayu beradab, pelihara maruah bahasa kebangsaan - Pakar
Penggunaan Bahasa Melayu secara tidak berhemah, terutama di platform media sosial, semakin meresahkan masyarakat Malaysia.
Meta, Snap, TikTok bekerjasama banteras kandungan mengenai kecederaan kendiri, bunuh diri
Tiga platform media sosial terbesar sedang bekerjasama untuk menangani kandungan dalam talian yang memaparkan bunuh diri dan mencederakan diri sendiri, umum Meta pada Khamis.
Rangkaian keganasan rekrut remaja melalui media sosial disiasat - Polis Indonesia
Polis Indonesia sedang menyiasat bagaimana rangkaian keganasan menggunakan media sosial untuk merekrut ahli selepas penahanan seorang suspek berusia 19 tahun di Batu, Malang, Jawa Timur.
Wanita racun lima orang sebelum bunuh diri dengan sianida - Polis Bangkok
Polis percaya seorang daripada enam pelancong, dua daripadanya juga memegang pasport Amerika Syarikat, adalah dalang di sebalik tragedi itu.
Ada nilai komersial, platform media sosial utamakan hantaran berunsur kebencian - KRYSS Network
Nabila berkata algoritma platform media sosial membolehkan pengguna yang terlibat dalam hantaran negatif menjadi lebih tular dan popular.
MCMC perlu pantau siaran langsung TikTok - Ahli Dewan Negara
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) perlu memantau siaran-siaran langsung yang dilakukan di platform TikTok.
Bunuh diri: Lebih 48,000 panggilan diterima Talian 15555 - Ahmad Zahid
Terdapat peningkatan kes bunuh diri dilaporkan pada tahun lepas iaitu sebanyak 1,087 kes berbanding 981 kes pada tahun sebelumnya.