LIFESTYLE
Dia buat lagi! Skirt alas getah kereta Balenciaga dijual pada harga RM10,000

Rekaan itu disifatkan sebagai 'mengubah sesuatu fungsi menjadi sesuatu yang formal'.
JENAMA fesyen terkemuka dunia, Balenciaga, menjadi bualan ramai apabila memperkenalkan produk terbaharu mereka, yang dinamakan Car Design Skirt.
Rekaan terbaharu itu dipertontonkan kali pertama pada acara Paris Fashion Week minggu lalu, dan disifatkan sebagai 'mengubah sesuatu fungsi menjadi sesuatu yang formal'.
Seperti namanya, skirt berwarna hitam itu mengadaptasi corak alas getah pelindung (rubber car carpet protector).
Bezanya, jika harga alas getah itu hanya dalam puluhan ringgit, harga skirt berkenaan pula adalah RM10,000!
Biarpun harganya mahal, namun berdasarkan maklumat di laman web Balenciaga, skirt tersebut laris dijual.
Buat masa ini, hanya tinggal saiz 36 yang boleh dibeli.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami