Skip to main content

[TERKINI] Umat Islam di Malaysia mula berpuasa Khamis, 19 Februari

Gaya Hidup

Disangka foto lucah, Instagram gantung akaun pengguna gara-gara sebiji kek

61460191252_SueMoseley.jpg
SEORANG ibu dari Britain terkejut apabila didakwa menaikkan gambar lucah di media sosial dan tidak dibenarkan masuk semula ke akaun aplikasi berkenaan.

Sue Moseley sebelum itu telah memuat naik gambar sebiji kek yang dibuat anaknya sempena Easter di akaun Instagram miliknya.

Namun, lapor Mashable, apabila hendak membuka semula aplikasi itu, Sue gagal berbuat demikian.

Malah, beliau menerima satu mesej yang mengatkan bahawa akaunnya telah digantung kerana melanggar terma yang ditetapkan atas alasan mempunyai kandungan berunsur lucah.

Anaknya Fiona, dalam pada itu, berkata insiden ini merupakan satu kesilapan kerana pihak Instagram mungkin berpandangan kek ini berbentuk payudara. 


“Ibu saya begitu sedih atas kehilangan akaun dan gambar-gambar beliau,” katanya Fiona kepada Mashable.

Setelah siasatan dilakukan, Instagram kemudian memohon maaf kepada Sue dan membuka semula akaun beliau.

Advertisement

Must Watch Video