PUTRAJAYA: Festival pencahayaan edisi khas, Festival Lentera: Sisiran Tasik Putrajaya 2024 dianjurkan Perbadanan Putrajaya (PPj) buat julung kalinya dijangka menarik 1.5 juta pengunjung.
Presiden PPj Datuk Fadlun Mak Ujud berkata penganjuran festival adalah bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2024 dan Ulang Tahun Penubuhan PPj yang ke-28 iaitu pada 1 Mac ini.
Beliau berkata berkonsepkan "Tradisi dan Cahaya", keunikan dan identiti festival itu adalah pertunjukan pencahayaan Grand Light Symphony dan Musical Fountain di Tasik Putrajaya.
"Festival ini turut dimeriahkan dengan elemen pertunjukan kebudayaan tradisional Melayu, Cina, India dan Borneo yang dibawakan oleh pasukan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) serta komuniti Putrajaya, selain dekorasi pencahayaan di atas air seperti pertunjukan bot-bot berhias bercahaya," katanya dalam majlis perasmian di sini pada Sabtu.
Beliau berkata penganjuran festival selama sembilan hari bermula hari ini sehingga 3 Mac menawarkan lebih 30 komponen dekorasi pencahayaan kepada pengunjung.
Antara tumpuan adalah Lil' Lumin's Land, Laman Komuniti Putrajaya, Laman Melayu, Laman China, Little India, Laman Retro, English Garden, Laman Dulu-Dulu, Jurassic Reverie, Enchanted Arbor, Tetris Harmony, Atma Kirana, Lumina Matrix dan Algorithmic Aurora.
Tumpuan lain termasuk Fantasy Garden, Panda Garden, Tree of Life, Lollipop Garden, Heart Shape Tunnel, Blue Tunnel, Avatar Trees, Aurora River, Misty Forest, Firefly Garden dan Paddy Field.
Di samping itu, lebih 20 acara sampingan turut dianjurkan antaranya Pertandingan Kreativiti 3R, Petting Zoo, Kampung Beca, Persembahan Kebudayaan, Persembahan Band Buskers, Wayang Kulit, Wayang Pacak,Pertunjukan Remote Control Aircraft Bercahaya, Paraglider Bercahaya, Zumba Glow in the Dark dan teksi air.
Bagi pengunjung yang menggunakan pengangkutan awam boleh menaiki MRT ke stesen Putrajaya di Putrajaya Sentral dengan bas perantara percuma disediakan dengan kekerapan setiap 30 minit dari Putrajaya Sentral ke Anjung Floria bermula 4.30 petang hingga 10 malam dan dari Anjung Floria ke Putrajaya Sentral bermula 5 petang hingga 11 malam.
Tiket masuk boleh dibeli secara dalam talian atau di pintu masuk dengan harga RM10 bagi dewasa manakala RM5 bagi kanak-kanak berumur tujuh hingga 12 tahun dan warga emas bagi warganegara Malaysia.
Bagi bukan warganegara, harga tiket dewasa adalah RM30 manakala kanak-kanak berumur empat hingga 12 tahun dikenakan RM15.
Tiada caj masuk dikenakan bagi pemegang kad orang kurang upaya (OKU), kanak-kanak di bawah enam tahun ke bawah (warganegara Malaysia) dan tiga tahun ke bawah (bukan warganegara).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 25 2024
Penganjuran festival adalah bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2024 dan Ulang Tahun Penubuhan PPj yang ke-28 iaitu pada 1 Mac ini. - Foto BERNAMA
Kerjasama bersepadu Persekutuan, Negeri selesai isu prasarana sekolah daif Sabah
Kerajaan Sabah akan terus menjalin kerjasama erat dengan kerajaan Persekutuan dalam usaha memberi suasana dan nafas baharu kepada prasarana sekolah di negeri itu.
Pantau Belanjawan: Tadbir Urus: ‘Spot check’ nilai prestasi penjawat awam
Semua ketua jabatan kerajaan perlu membuat semakan mengejut bagi memerhati pelaksanaan kerja kakitangan bawahan bagi memastikan tiada amalan negatif berlaku dalam jabatan masing-masing agar perkhidmatan awam kekal cekap, relevan dan berkesan. Apakah kaedah dan pendekatan terbaik untuk melaksanakan usaha ini?
Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando GGK 2024
Min Youn yang berasal dari Setapak, Kuala Lumpur itu merupakan graduan perakaunan daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Seorang maut, nahas dua kereta di Ipoh
Kemalangan melibatkan dua buah kereta iaitu jenis Honda City dan Peugeot.
Play Store kini benarkan muat turun dua aplikasi serentak
Berdasarkan laporan 9to5Google, ciri ini diberikan secara berperingkat kepada pengguna Android bermula dengan peranti\
Che'gu Bard mengaku tidak bersalah dua pertuduhan
Badrul Hisham mengaku tidak bersalah, selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.
Tahanan PPA tekad jadikan kemahiran dalam “tirai besi” sebagai mata pencarian
Kehidupan di dalam tirai besi memberikan keinsafan kepada Fifi, Apit dan Bulat.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7715/7810 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7710 pada Jumaat.
Guna semula bangunan pawagam lama, bangkit suasana klasik
Ia bukan sahaja mampu menarik ramai pelancong tetapi juga mampu memulihara bangunan warisan yang masih elok dan ditatap oleh generasi kini.
Mesyuarat Khas WEF: PM Anwar jumpa 50 pemimpin industri, perniagaan global
PM yakin lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan pilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan.
Festival Lentera: Sisiran Tasik Putrajaya jangka tarik 1.5 juta pengunjung
Penganjuran festival adalah bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2024 dan Ulang Tahun Penubuhan PPj yang ke-28 iaitu pada 1 Mac ini.