Menurut pengguna Facebook, Rysherz Rayn, anda boleh membeli sesikat pisang, sekotak anggur hitam tanpa biji, 10 biji epal, sebiji ice lettuce dan lima paket coklat Kinder Bueno.
Dia membuat perbandingan gaji sejam di Malaysia yang disifatkannya hanya cukup untuk membeli salad.
Berbeza dengan di UK, Rysherz Rayn mendakwa gaji yang diperoleh adalah sekitar 5 pound, bersamaan RM27. Namun di Malaysia, gaji sejam hanyalah RM4.
Status yang dimuat naik 2 Julai lalu itu menjadi viral dengan lebih 35,000 perkongsian.
Pemilik status turut menjelaskan bagaimana di UK, gaji sejam sudah cukup untuk membolehkan seseorang makan roti sedap yang disapu dengan Nutella. Ini kerana harga dua barangan itu di sana adalah 80 pence bagi roti dan 2 pound bagi satu balang Nutella.
Sumber foto: Facebook Rysherz Rayn
Laman Facebook The Patriot pula punya pendapat tersendiri menyatakan bahawa perbandingan yang dibuat Rysherz Rayn itu tidak adil dan tidak dibuat secara keseluruhan.Laman Facebook The Patriot membidas kenyataan Rysherz Rayn
Menjawab komen pada status yang ditulisnya, Rysherz Rayn berkata dia terkilan apabila dituduh membenci negara sendiri, sedangkan apa yang ditulisnya hanya satu bentuk keluhan, memandangkan dia pernah menetap di UK.
Dia menulis bahawa perbandingan harga barang yang dibuat adalah untuk memberi kesedaran tentang perbezaan kos sara hidup di Malaysia dengan di UK dan berharap mereka yang belum pernah tinggal di sana mendapat kesempatan itu nanti untuk merasainya sendiri.