Menjelang perayaan Aidilfitri, kakitangan awam dan sesetengah syarikat sektor swasta menerima gaji awal bagi membuat persediaan Aidilfitri nanti.
Namun menjadi kebimbangan kini, bagaimana mereka dapat bertahan menguruskan gaji dan perbelanjaan sehingga menerima gaji untuk bulan berikutnya.
Berikut adalah tips yang dikongsikan oleh Penasihat Kewangan Hijrah Wealth Management Sdn Bhd, Rohani Mohd Shahir:
BACA: Moga Ramadan ini 'sejuk perut ibu mengandung' - Doa anak yatim
BACA: 'Kuih mengecil, bukan niat kami menipu' - Peniaga
BACA: 'Berpuasa 20 jam, selesai Tarawih terus bersahur'
Untuk lebih banyak kandungan menarik, layari Jendela Ramadan

- Buat perkiraan dan sedia untuk perbelanjaan selepas perayaan nanti kerana tempoh 46 hari itu merupakan masa yang panjang.
- Selamatkan separuh daripada gaji dan simpan dalam akaun lain yang tidak mempunyai kad ATM seperti Tabung Haji dan ASB.
- Pastikan anda tidak berbelanja ketika lapar. Boleh menjengah kemeriahan jalan TAR selepas berbuka puasa kerana mengikut kajian psikologi, kebanyakan cenderung berbelanja ketika lapar.
- Sediakan senarai perbelanjaan anda dan buat peraturan serta tentukan bajet mengikut keperluan.
- Teknik menyimpan duit dalam sampul berasingan kerana perbelanjaan ketika perayaan harus dirancang selama setahun. Ada yang mengatakan kita lebih berhati-hati berbelanja duit yang disimpan dalam tempoh lebih lama.
- Hati-hati ketika berbelanja di atas talian kerana ia lebih menyeronokkan ekoran pembayaran yang mudah dan tidak nampak pengaliran wang keluar.
- Membeli dan berbelanja dengan ukur baju di badan sendiri.
- Harus pandai mengurus kewangan dan mengawal nafsu dalam bulan Ramadan untuk mendidik hati dan jiwa.