TAHUN baharu, azam baharu!
Sudah tentu ramai yang mengharapkan tahun ini menjadi satu tahun yang lebih baik berbanding 2020.
Namun baru sahaja melangkah masuk tahun baharu, negara dikejutkan dengan pelbagai berita yang sudah tentu membuka mata banyak pihak.
Sebelum kita melangkah masuk ke bulan seterusnya, ini antara berita tumpuan sepanjang bulan Januari 2021.
KEKAL TENANG SEMUA, PKP IS BACK!
Awal bulan ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 14 hari di tujuh buah negeri, iaitu Kelantan, Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.
Namun, berikutan terdapat peningkatan bagi penularan COVID-19 yang membimbangkan, Kerajaan sekali lagi mengumumkan bahawa semua negeri dikenakan PKP kecuali negeri Sarawak..
Bukan itu sahaja, kerajaan turut melanjutkan lagi pelaksanaan PKP di seluruh negara sehingga 4 Februari bagi menyeragamkan tarikh tamat PKP di negeri-negeri yang lain.
BACA : Kena PKP sekali lagi? Ini SOP yang perlu anda tahu
BACA: PKP di seluruh negara kecuali Sarawak bermula 22 Januari - Ismail Sabri
BACA : PKP di tujuh negeri dilanjut hingga 4 Februari - Ismail Sabri
BACA : PKP 2.0: Ini sektor ekonomi yang dibenarkan operasi
BACA : Bosan terperap di rumah? Ini cara orang berlibur ketika PKP
AGONG ISYTIHAR DARURAT
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah perkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan di seluruh negara sebagai langkah untuk membendung wabak COVID-19.
Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin perkenan darurat itu mengambil kira keselamatan diri rakyat dan kepentingan negara.
BACA : Agong perkenan isytihar darurat hingga 1 Ogos
MAKIN MEMBIMBANGKAN, KES HARIAN COVID-19 KINI CECAH 5,000 KES
Sangat membimbangkan!
Nampaknya kes harian COVID-19 di Malaysia kini sudah mencecah 5,000 kes.
Ternyata ia menimbulkan kegusaran kepada rakyat Malaysia.
DATIN NOOR KARTINI BATALKAN PENDAFTARAN CAP DAGANG KE ATAS 'HARIMAU MENANGIS'
Nama ibu kepada pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa, Datin Noor Kartini mula menjadi sebutan di media sosial apabila tular sebuah video beliau ingin memohon cap dagang bagi produk terbaharunya itu “Harimau Menangis”.
Namun tidak sampai beberapa hari, beliau membuat kenyataan bahawa beliau tidak akan mendaftarkan produk tersebut dan memohon maaf diatas apa yang diperkatakannya sebelum ini.
BACA : Ibu Neelofa perjelas isu 'Harimau Menangis'
BACA : Ibu Neelofa batalkan permohonan cap dagangan 'Harimau Menangis' serta-merta
KENA "WORK FROM HOME", INI PENGALAMAN WARGA KERJA ASTRO AWANI
Kena bekerja dari rumah merupakan satu norma baharu yang harus dilalui oleh semua rakyat Malaysia.
Ini merupakan salah satu langkah bagi membendung penularan wabak COVID-19 di tempat kerja.
Warga kerja Astro AWANI juga tidak terlepas untuk merasai pengalaman tersebut.
BACA: Inilah Norma Baharu! Cara penyampai, wartawan Astro AWANI WFH
BACA : Kini, bekerja secara 'remote', norma baharu warga Astro AWANI
Pesanan kami buat anda, di mana jua anda berada pastikan anda sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.
Kita boleh menang sekiranya kita lakukannya bersama-sama.
Ayuh kita #HapusCOVID19
Asyraf Roslan
Sat Jan 30 2021
Antara berita tumpuan sepanjang bulan Januari 2021, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah perkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat.
Dewan Negara luluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025
Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2025 selepas mendapat sokongan sebulat suara semua Ahli Dewan Negara.
AWANI Borneo [12/12/2024] – Dua sahabat dihanyut arus | Kerajaan perhalusi implikasi | Kapasiti 199 megawatt
AWANI Borneo Khamis, 12 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras selepas memancing.
Perbincangan pengagihan gas Petronas-Petros selesai - PM.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida.
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras selepas memancing.
Perbincangan pengagihan gas Petronas-Petros selesai - PM.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida.
TAGS laksana 25 pendengaran kes seluruh negara sejak Mac
Nancy turut menasihatkan mangsa keganasan dan gangguan seksual sama ada wanita mahupun lelaki agar tidak takut dan tampil untuk memfailkan aduan kepada TAGS.
'Control macho' punca mangsa lelaki enggan buat laporan polis
Datuk Seri Nancy Shukri berkata, berdasarkan rekod kementeriannya, lebih 1,000 aduan diterima daripada mangsa lelaki, namun rekod polis menunjukkan hanya kira-kira 100 daripadanya aduan dibuat mangsa.
Rizab tenaga Sarawak 53 peratus, Sabah 6.1 peratus
Kerajaan komited untuk memastikan bekalan tenaga negara mencukupi, berpandukan tiga prinsip utama iaitu keterjaminan bekalan tenaga, kelestarian dan kemampanan bekalan
Bantuan disalur menerusi Sarawak Pay, bukan tunai
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan disalurkan melalui akaun Sarawak Pay sebagai langkah membantu golongan sasaran mendapatkan keperluan asas dengan lebih berkesan.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida
Majlis Tenaga Sabah (MTS) pada Khamis meluluskan penganugerahan projek solar berskala besar (LSS) kepada 15 pembida dengan jumlah kapasiti 199 megawatt di bawah proses pembidaan LSS Sabah 2024 dikendalikan suruhanjaya Tenaga Sabah
Pengagihan gas PETRONAS- Petros selesai - PM
Perbincangan mengenai pengagihan gas di Sarawak antara Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) telah selesai, dan pada masa ini kerajaan sedang memperhalusi butiran, parameter dan implikasi daripada langkah berkenaan.
MTDC perkukuh usaha pemerkasaan inovasi teknologi tempatan dengan pelancaran dana MySTI
DUB menyediakan pembiayaan sehingga RM100,000, manakala DMM menawarkan pembiayaan sehingga RM500,000.
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras ketika mandi
Mayat dua sahabat yang dihanyut arus deras ketika mandi selepas memancing di Pantai Lutong pada Khamis ditemui beberapa jam selepas mereka dilaporkan hilang.
Titah Adendum: Anwar serah kepada Agong isu Najib
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan mengemukakan isu Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbangkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Pengerusi Lembaga Pengampunan.
Dr Zaliha nafi buat kenyataan media berhubung titah adendum pengampunan Najib
Katanya, kenyataan media yang tular itu adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan olehnya.
Tahanan rumah: Najib mohon masukkan bukti baharu
Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan Mahkamah Rayuan bahawa pihaknya telah memfailkan permohonan untuk memasukkan bukti baharu berhubung kewujudan titah adendum.
TEKS PENUH: Titah Diraja YDPA Agong sempena Istiadat Pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen Ke-14
"Jika penderaan terus berlaku, saya tidak mahu nama saya dikaitkan dengan universiti ini lagi. Panglima dan Komandan juga mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan kerana gagal menjalankan amanah"
Hentikan serta-merta budaya dera di UPNM - Sultan Ibrahim
Jika penderaan terus berlaku, Sultan Ibrahim enggan nama baginda dikaitkan dengan universiti itu lagi selain Panglima dan komandan mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan.
Agong berkenan terima menghadap Perdana Menteri Timor-Leste
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Timor-Leste Kay Rala Xanana Gusmao di Istana Negara.
Agong doakan keselamatan mangsa banjir
Yang di-Pertuan Agong menitipkan doa agar semua mangsa banjir yang terjejas di tujuh negeri diberikan perlindungan, ketabahan serta kesabaran oleh Allah SWT.
Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.
Lantikan Mohd Dusuki ikut lunas undang-undang, selaras Perlembagaan - Fahmi
Lantikan itu juga selepas mengambil kira pengalaman luas Mohd Dusuki dalam bidang pendakwaan dan perundangan di Jabatan Peguam Negara.
Graduan jangan memilih kerja, elak jadi penganggur terhormat - Sultan Ibrahim
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah mengingatkan para graduan agar tidak bersikap terlalu memilih kerja dan segera merebut peluang ada.