KUALA LUMPUR:Selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada 13 Januari sehingga 26 Januari depan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menyenaraikan sektor-sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi pada tempoh ini.

"Kerajaan akan meneruskan pendekatan proaktif dan responsif dengan memperhalusi semua nasihat pakar-pakar kesihatan awam untuk melaksanakan tindakan yang tegas dan efektif bagi memutuskan rantaian jangkitan penularan virus COVID-19," kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam satu kenyataan pada Selasa.

BACA: PKP 2.0: Adakah anda dibenarkan ke pejabat esok? Ini SOP sektor ekonomi

Sebanyak lima sektor ekonomi perlu (essential) dibenarkan beroperasi termasuk pengilangan dan pembuatan, pembinaan, perkhidmatan, perdagangan dan pengedaran, serta perladangan dan komoditi.

Berikut adalah senarai terperinci sektor-sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi pada PKP 2.0:





A. Pengilangan dan Pembuatan

1. Aeroangkasa termasuk MRO;
2. Pengilangan dan Perkhidmatan Lepas Jualan Automotif;
3. Makanan, minuman dan rantaiannya;
4. Pembungkusan dan percetakan;
5. Produk barangan rumah, barang penjagaan diri (FMCG - sabun, pembersih diri dan lain-lain) dan bahan pencuci termasuk rantaiannya;
6. Penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet;
7. Peralatan perlindungan peribadi (PPE) dan peralatan keselamatan kebakaran;
8. Komponen untuk alat perubatan;
9. Elektrikal dan elektronik;
10. Minyak dan gas (Oil and Gas);
11. Petrokimia dan produk petrokimia;
12. Produk kimia;
13. Mesin dan peralatan;
14. Seramik (seramik sebagai acuan bagi pembuatan sarung tangan);
15. Besi dan keluli;
16. Tekstil (yang melibatkan pengeluaran PPE);
17. Sektor perabot; dan
18. Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan dan pengagihan bahan api dan pelincir.

B. Pembinaan

19. Pembinaan:
i. Kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan kritikal;
ii. Kerja-kerja pembinaan infrastruktur awam yang utama; dan
iii. Kerja-kerja pembinaan bangunan yang menyediakan penginapan pekerja yang lengkap di tapak bina atau pekerja yang ditempatkan di Kuarters Pekerja Berpusat (CLQ).

C. Perkhidmatan

20. Perkhidmatan Kewangan dan rantaiannya:
i. Institusi Kewangan (Perbankan, Insurans, Takaful dan entiti-entiti lain yang dilesen, diilulus atau didaftar oleh Bank Negara Malaysia); dan
ii. Entiti-entiti pasaran modal yang dilesen, didaftar atau dikawalselia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
21. Perkhidmatan perbandaran dan kerajaan tempatan:
i. Pajak gadai/kredit komuniti (syarikat peminjam wang berlesen);
ii. Pengurusan sisa pepejal/ pembetungan;
iii. Pembersihan awam; dan
iv. Pembersihan premis dan sanitasi.
22. Infrastuktur telekomunikasi dan digital termasuk perkhidmatan ICT dan perkhidmatan perniagaan global (GBS);
23. E-Dagang dan rantaiannya termasuk perkhidmatan e-marketplace, pembayaran digital dan pusat internet e-dagang setempat;
24. Hotel dan penginapan;
25. Sektor pertanian, perikanan dan penternakan termasuk perkhidmatan veterinar:
i. Pengurusan ladang/ sarang burung walit/ kuda/ loji pemprosesan haiwan/ rumah sembelihan/ ternakan/ kilang makanan haiwan ternakan/pembekal spt vaksin/pengurusan ternakan/kedai haiwan kesayangan (operasi pemindahan ternakan adalah pada waktu malam);
ii. Kawalan penyakit dan dikawalselia pengeluaran ternakan hidup, input ternakan dan produk berkaitan industri ternakan (termasuk eksport dan import); dan
iii. Pengurusan kesihatan, diagnosa penyakit dan rawatan haiwan.
26. Utiliti (air dan tenaga);
27. Perkhidmatan profesional (termasuk akauntan/ peguam/ auditor/ jurutera/ arkitek), saintifik (termasuk R&D) dan teknikal (termasuk penyenggaraan);
28. Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (Security Services);
29. Keselamatan dan Pertahanan;
30. Pengangkutan melalui darat, air dan udara;
31. Perkhidmatan dan pengusahaan pelabuhan, limbungan dan lapangan terbang, termasuk pemunggahan dan pemindahan kargo, pemaliman, penyimpanan atau pemukalan komoditi.

D. Perdagangan Pengedaran

32. Penggudangan dan Logistik;
33. Perkhidmatan/ Penjualan/ Penghantaran Makanan dan Minuman; dan
34. Peruncitan/ Pengedaran/ Pemborongan.

E. Perladangan dan Komoditi

35. Pertanian, perikanan dan penternakan serta rantaiannya; dan
36. Perladangan dan komoditi serta rantaiannya.

F. Lain - Lain

37. Apa-apa perkhidmatan, kerja, industri dan perniagaan sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri Kesihatan selepas berunding dengan pihak berkuasa yang mengawal selia perkhidmatan, kerja, industri
dan perniagaan itu.