awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bangladesh kenang Khaleda Zia sebagai pejuang bersemangat waja, pelindung negara
Arsenal benam Aston Villa 4-1, kukuhkan kedudukan pendahulu liga
Manchester United diikat Wolves 1-1, akhiri 2025 dengan keputusan hambar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Gerak lu, pape roger' buat lelaki AS ini tular ke seluruh dunia

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
11/12/2017
23:53 MYT
'Gerak lu, pape roger' buat lelaki AS ini tular ke seluruh dunia
Kerana satu status menyapa rakyat Malaysia di Twitter, Danny Medina diajar pelbagai frasa melucukan termasuk 'gerak lu, pape roger'. Twitter Danny Malaysia
RAKYAT Malaysia sememangnya dikenali cukup kreatif dalam mencipta pelbagai frasa dengan elemen humor yang tersendiri.
Antara frasa yang popular dan kerap digunakan, khususnya oleh anak-anak muda, adalah 'gerak lu pape roger' yang boleh diterjemahkan sebagai 'saya pergi dulu, kalau ada apa-apa boleh hubungi'.
Kerana frasa itu, nama seorang lelaki dari Amerika Syarikat, Danny Medina, tular di seluruh dunia.
Danny pada mulanya memuat naik satu status menyapa peminat David Archuleta di Malaysia, iaitu pengguna Twitter dengan nama Lutfi Azmi, pada 8 Disember lalu.
hey Malaysia.
— Danny Malaysia (@BumpTime247) December 8, 2017
Netizen dari Malaysia kemudiannya melihat ia satu peluang untuk mengajar satu dua perkara kepada Danny mengenai negara ini.
Antaranya adalah penggunaan frasa-frasa yang mencuit hati.
Danny kemudiannya memuat naik satu video yang memaparkan dia menggunakan frasa 'gerak lu, pape roger' dengan rakan-rakannya.
GerakLuPapeRoger from the American #MalayGang pic.twitter.com/r4ttLMuRhn
— Danny Malaysia (@BumpTime247) December 11, 2017
Selepas beberapa hari, video itu telah menerima lebih 39,000 retweet dan lebih 18,000 likes.
Bukan itu sahaja, Danny juga menggunakan terma 'merecik' sebagai ganti frasa it's lit dalam bahasa Inggeris.
Lebih menarik, Danny telah menukar nama akaun Twitternya kepada Danny Malaysia.
Dalam beberapa status yang dimuat naik Danny selepas itu, dia berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang membantu mempopularkannya di laman sosial, malah turut membuat perancangan untuk melawat Malaysia dalam masa terdekat.
terima kasih kerana semua cinta my malaysian mahomies!!! Gerak Lu Pape Roger!!!/p>— Danny Malaysia (@BumpTime247) December 9, 2017
My friend Missa and I studying... he coming to Malaysia with me! #GarekLuPapeRoger Gangpic.twitter.com/YiA83NFOEp
— Danny Malaysia (@BumpTime247) December 9, 2017
Topic Berkaitan
#'gerak lu pape roger'
#Amerika Syarikat
#Danny Medina
#Malaysia
#Tular
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan