KETIBAAN Aidilfitri pastinya akan dimanfaatkan dengan menziarahi dan bertemu keluarga dan sahabat handai.

Namun bagi mereka yang berada jauh di seberang laut, pastinya ucapan menerusi kad atau panggilan video menjadi pilihan.

Ukir kenangan istimewa di hari raya ini dengan ucapan maaf dan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri menerusi salam #LebaranAWANI.


Hantarkan video ucapan anda berdurasi 1 ke 2 minit menerusi emel ke [email protected].

Jangan lupa untuk menyertakan nama dan lokasi di mana anda berada.

Ucapan anda akan kami siarkan sepanjang musim Aidilfitri ini.

Semoga ucapan yang dikirimkan dapat mengeratkan lagi silaturahim.

Jauh di mata, dekat di hati.